Sunday, May 31, 2009

~JOKE FOR TODAY~

Maju

"Ayah, Din nak tukar sekolah lain." kata si anak kepada bapanya.
"Kenapa?"Tanya ayah. "Sebab cikgu kat sekolah tu semuanya bodoh!" balas Din.
"Apa sebab kamu cakap begitu?"Tanya ayah.
"Tengoklah, dah 5 tahun Din sekolah kat situ tapi buku rekod Din asyik merah,merah,merah. Takde kemajuan lansung!" Jawab Din dgn selamba.


Luar

Di sebuah rumah sewa kat Kelumpo nun.

Amin: Kau buat ape kat luar tu Man?
Aman: Sapu ubat panas kat kaki. Lenguh sikit laa.
Amin: Apesal kau tak buat kat dalam ni? Kan panas terik kat luar tu.
Aman: Kau nih xpernah pakai ubat panas ker?
Amin: Kenape lak?
Aman: Kan ke kat botol ni ada tulis, "Untuk kegunaan luar sahaja".
Amin: Hoohhh!


BETUL LA TU

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika (Zerostyle) untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Zerostyle : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk Zerostyle?
Zerostyle : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Zerostyle : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak Zerostyle!!
Zerostyle : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham Zerostyle!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Zerostyle pun BERUK jugak ker??

Thursday, May 28, 2009

Sepang 1000km Endurance Race


Sepang International Circuit is introducing its second endurance race which is "Sepang 1000km". The race time is of course shorther than Merdeka Mellenium Endurance Race (MME) but it is still challenging.

A maximum 77 cars will be allowed to start the race ; 38 from Class 1 ( 1650cc - 1900cc ) & 39 from Class 2 ( up to 1600cc ). With the minimum of 2 driver and maximum of 4 for each car, the winner will be decided by the total no of laps they manage to finish. More importantly , now everybody can participate. Entering fees for Class 1 is RM 2000 and Class 2 is RM 1500. For late entries, they will be addition of RM1000 =p. Only tires declared by the organizer (Achilles) can be use in this race.

Prizes:

Class 1
  • Champion RM 30 000 & trophy
  • Second RM 20 000 & trophy
  • Third RM 10 000 & trophy
Class 2
  • Champion RM 25 000 & trophy
  • Second RM 15 000 & trophy
  • Third RM8 000 & trophy


*credit to joe_mirage

Cyberjaya MUSC Drag Challenge 2009

as per flyer... aper lagi sumer2 peminat modifikasi kereta...jom join MUSC... ehehe uji keupayaan kereta anda...ehehe

Wednesday, May 27, 2009

~JOM SAVE MINYAK~


..tip-tip nak save minyak...

1. Slow down - just follow the speed limit
2. Check your tire pressure - at least once a month, in cool condition.
3. accelerate moderately
4. turn off air conditioner - (only applicable at night)
5. keep the original - don’t upgrade your car with fancy rim or tyre
6. reduce your car weight
7. downsize - use a smaller car (CLK? Cute Little Kancil.)
8. Don’t drive - those without driving license don’t spend much on fuel
9. Avoid extremely high speeds
10. Don’t brake hard
11. Keep windows closed at high speed (of course with air-con on)
12. Service vehicle regularly
13. Maintaining a constant speed
14. Avoid long idles - turn it off if it is going to be idle for more than 1 minute
15. Warming up engine is not necessary
16. Be sure the automatic choke is disengaged after engine warm up
17. Buy fuel during coolest time of day - early morning or late evening is the best.
18. Use credit card with fuel rebate
19. Never fill gas tank past the first “click” of fuel nozzle, if nozzle is automatic.
20. Manual shift driven cars allow you to change to highest gear as soon as possible, thereby letting you save fuel.
21. Think ahead when approaching hills. If you accelerate, do it before you reach the hill, not while you’re on it.
22. Avoid rough roads whenever possible - dirt or gravel rob you of up to 30% of your fuel mileage.
23. Use alternate roads when safer, shorter, straighter.
24. Place gear into neutral position when waiting at traffic light
25. Park car so that you can later begin to travel in forward gear
26. Inspect suspension and chassis parts for occasional misalignment.
27. Set air conditioners to auto if available
28. Car pools reduce travel monotony and fuel expense
29. Do whatever possible online, by phone etc such as banking, document delivery, shopping etc
30. when filling up, don’t squeeze the trigger of the nozzle to the fastest mode
31. Fill up when your tank is half full
32. Sometime it is worth to pay the toll
33. Look further to anticipate obstacle - don’t tailgate
34. Park at shaded car park - save your air-con
35. No unnecessary external accessories
36. Monitor your odometer or tripmeter
37. Use K-link fuel saver? If it really works, you don’t have to advertise it in this desperate situation.
38. Plan ahead by combining your errands into one trip
39. Plan your trips so you go out during less-congested times of day.
40. Work from home
41. Take public transportation (I am just kidding)
42. Cycling to work - it might be better than taking the public transportation
43. Use NGV - read this real experience by Fathersez
44. When going downhill, ease your throttle down and work with gravity to build up speed.
45. Move nearer to your work place
46. Use cruise control only on flat road
47. When there is a timer on traffic light showing “99? seconds and stays still, off your engine.
48. Scrap your car if all the above fail.

~JOM hiburkan hati lagi...


Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".
"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"

hehehe...

SHARKY dibedah lagi!!!!!!!!!!!!

~alamak..... sharky dibedah agi....

Tuesday, May 19, 2009

~~Adeh kelakar gak~~

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6r43;, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.