Thursday, April 28, 2011

~Fuhh.. 3188 tue....

~Salam dan selamat malam or selamat pagi kot kepada yang belum tido.. Apa yg sedang anda buat tu tak tidur2 agi yerk.. hehe masing2 punyai jawapan tersendiri...

~~Surfing internet adalah jawapan pilihan saya dan website Public Gold menjadi salah satu laman web yang saya browse... Disini sy sertakan senarai harga emas di malam ini.. :)


Thursday, April 7, 2011

~7/4/2011~

*dibengkel


Fuhh.. harini "sharky" telah diberikan hadiah.... Sebuah batery baru iaitu NIKO NS60S mengantikan batery yang lama... Walaupun batery lama masih berfungsi sepenuhnya.. namun disebabkan faktor usia... sudah mencecah 3tahun... better tukar baru kan.. mcm org kata.. sediakan payung sblm hujan.. ekeke



*minyak pilihan

~disamping penukaran bateri... demi penjagaan engine yg optimum... Saya memilih untuk menukar minyak engine.. walaupun jadual jarak untuk penukaran minyak seterusnya masih berbaki 435km. Pada mulanya mencari minyak dari jenama SUMO OIL R3... namun disebabkan beberapa faktor.. saya memilih untuk mengunakan minyak petronas seperti didalam gambar. Kebiasaan saya mengunakan minyak castrol magnatec.

Wednesday, April 6, 2011

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR




Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan

orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir pada tarikh ini

mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak

menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius

terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia

sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.

Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada

percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan

yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri

membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul

denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika

cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya.

Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam

bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering

mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak

terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan

yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia

akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan

bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.

Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di

mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka

bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri

sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan

suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa

lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang

lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya

masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala

bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita

tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah

seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya

dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi

sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta,

berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.

Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam

soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang

dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak

pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun

dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara

mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa

bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau

pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat

lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana

rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang

seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan

yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir

tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang

yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai

cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah

tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi

persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah

disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat

baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap

setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka

berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya

untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah

pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana

membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah

pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh

ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam

menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila

menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang

berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan

dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat

pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana

kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat

teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi

dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan

kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu

dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Tuesday, April 5, 2011

~April.....Bila April......


Sudah tiba april... fuhh... disebabkan terlalu sibuk.. lama blog tidak diupdate... so untuk april kali ni... jom hayati lirik dari lagu nyanyian doktor Fazley...


Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..