Tuesday, November 15, 2016

~Perjalanan: Stress!!

Hurm... nothing to write... just... stress, terasa, kecik hati and arghhhh..

Tuesday, November 8, 2016

~Perjalanan: TIRED!!!

                                                          *Credit to google.


Hidup.... suatu permulaan yang menanti pengakhiran. Sepanjang 'hidup' manusia tidak terlepas dari ujian dan dugaan, cabaran dan pengalaman, masalah dan rintangan serta solusi dan penyelesaian. Likuan-likuan ini adakala mematangkan manusia untuk lebih bangkit dan adakala melemahkan manusia dari terus bangkit. Terpulang pada cara penerimaan kita sendiri.

~~Bila melihat kepada masalah dan solusi, pelbagai cara yang harus kita lakukan untuk menyelesaikannya. Pemikiran yang positif sangat diperlukan tatkala pemikiran negatif mula menghantui diri. Bermulanya masalah, di situ lah bermula 'hidden voice' yang bermain di alam minda membisik sesama sendiri. Pemikiran separa sedar ini yang adakalanya menghantar isyarat-isyarat negatif. Kita harus lakukan sesuatu untuk ubahkan ia dari negatif dan positif. 

~~~Namun, adakalanya kita akan terasa penat dalam menghadapi situasi yang berulang-ulang kali kita rasa. TIRED! TIRED! TIRED!. YA!... adakala minda kita letih dalam mencari solusi untuk masalah yang kita hadapi. Oleh itu kita perlu rehat dan reset kembali minda kita. Tetapi kita jangan lupa, baliklah kepada pencipta yang Esa. Mohon doa kepadaNya, sujudlah kepadanya dan mintalah dariNya segala yang kita perlu. Kita adalah hambanya yang hina yang sentiasa memerlukan hidayah dan rahmat dariNya. 


 

 

Sunday, November 6, 2016

~Perjalanan: Family time part1 -05nov-

Alhamdulillah... dpt berjalan-jalan bersama keluarga ke Port Dickson kali ini.

Tempat penginapan yang jadi pilihan adalah Kemang Indah Condominium.

Perjalanan dari Seri Kembangan hanya memakan masa lebih kurang 1jam lebih sahaja. Kami memilih untuk menggunakan laluan bukan highway kerana ingin menikmati pemandangan sekitar.

*pemandangan pool di Kemang Indah Condominium*