Wednesday, June 21, 2017

Dengan Blog Aku Menulis: Ramadhan sudah di penghujung


~Ramadhan, bulan yang dipenuhi rahmat dan ganjaran kepada semua umat Islam di atas bumi ini. Ramadhan yang hadir bukan hanya sekadar memenuhi kalendar sahaja tetapi penghayatan dan kelebihan Ramadhan amat lah di rindui oleh semua orang.

~~Ramadhan bagaikan suatu akademi pertarbiahan kepada kita semua. Bulan yang dianugerahkan rahmat, pengampunan dan rezeki. Kebaikan dan kelebihan Ramadhan memang tidak dapat dinafikan oleh semua orang islam. Ia bagaikan bulan BONUS.

~~~Ramadhan hanyalah berbaki beberapa hari lagi, JOM dan ayuh kita mengisikan waktu terluang dengan amalan-amalan kebaikan dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadhan. InsyaAllah.


                                           *Pic credit to google search


"Ya Allah, Jangan jadikan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kami...Amin."



Tuesday, June 20, 2017

Dengan Blog Aku Menulis


~Hari ini rasa nak kembali menulis untuk mengisi masa terluang.

~~Penulisan adakala menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan, melontarkan idea, membuahkan pemikiran yang baru dan sebagainya. 

~~~Ada yang hanya menulis sekadar mengisi masa lapang, ada yang menulis kerana hobi dan adakalanya dengan menulis seseorang menjana pendapatan dan sebagainya.


                                              *Credit to google image


#denganblogakumenulis
#sukasukablogger
#menulis

Saturday, May 13, 2017

~Ke Port Dickson lagi kita...

~Awal pagi ini wife ajak teman dia ke event BUSINESS SEMINAR beliau. Walaupon dengan keadaan mengantuk, tetap gagahkan jua.

~~ Rekod 2017... Setiap bulan ke PD tu.. Alhamdulillah.. jauh perjalanan luas pengalaman walaupon hanya ke tempat yang sama.. Indahnya setiap penciptaan..
January - PD
February - PD
March - PD
April - PD
May - PD lagiiii..

Walaupon banyak lagi tempat lain yang pergi bercuti..tapi PD yang paling banyak pergi untuk rehatkan minda.