~~Surfing internet adalah jawapan pilihan saya dan website Public Gold menjadi salah satu laman web yang saya browse... Disini sy sertakan senarai harga emas di malam ini.. :)
Thursday, April 28, 2011
~Fuhh.. 3188 tue....
~~Surfing internet adalah jawapan pilihan saya dan website Public Gold menjadi salah satu laman web yang saya browse... Disini sy sertakan senarai harga emas di malam ini.. :)
Thursday, April 7, 2011
~7/4/2011~
*dibengkel Fuhh.. harini "sharky" telah diberikan hadiah.... Sebuah batery baru iaitu NIKO NS60S mengantikan batery yang lama... Walaupun batery lama masih berfungsi sepenuhnya.. namun disebabkan faktor usia... sudah mencecah 3tahun... better tukar baru kan.. mcm org kata.. sediakan payung sblm hujan.. ekeke
*minyak pilihan~disamping penukaran bateri... demi penjagaan engine yg optimum... Saya memilih untuk menukar minyak engine.. walaupun jadual jarak untuk penukaran minyak seterusnya masih berbaki 435km. Pada mulanya mencari minyak dari jenama SUMO OIL R3... namun disebabkan beberapa faktor.. saya memilih untuk mengunakan minyak petronas seperti didalam gambar. Kebiasaan saya mengunakan minyak castrol magnatec.
Wednesday, April 6, 2011
RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir pada tarikh ini
mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak
menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia
sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan
yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak
terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia
akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di
mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri
sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan
suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa
lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang
lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya
masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala
bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam
soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak
pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa
bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana
rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang
seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan
yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir
tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang
yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah
disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat
baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka
berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya
untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah
pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana
membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah
pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh
ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila
menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang
berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan
dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat
pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu
dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
Tuesday, April 5, 2011
~April.....Bila April......

Sudah tiba april... fuhh... disebabkan terlalu sibuk.. lama blog tidak diupdate... so untuk april kali ni... jom hayati lirik dari lagu nyanyian doktor Fazley...
Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi
Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu
Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..
Wednesday, March 16, 2011
~Wang: Keperluan VS Kegunaan

Salam... setelah lama blog ini tidak mempunyai post... hari ini tiba2 tergerak hati untuk membuatkan posting... Sedang enak berehat diwaktu tengah hari sambil fikiran melayang2 tanpa hala tujuan.. tiba-tiba terlintas di fikiran saya akan WANG: KEPERLUAN VS KEGUNAAN...

Disebutkan tentang wang, ramai manusia sedar dan tahu akan kepentingan "wang". Siapa yang xnak wang kan. Boleh dikatakan, wang adalah sebahagian dalam hidup kita. Sejak dari kecil lagi, kita diterapkan akan kepentingan wang. Percaya atau tidak, diketika waktu kita masih tidak tahu akan erti wang dan tidak tahu apa itu wang dan kegunaan wang TETAPI kita sudah tahu yang kita nakkan wang. Cari wang. Kumpul wang.

Walhal ini terjadi akibat dorongan persekitaran yang sentiasa menitik beratkan seseorang perlu berwang. Faktor tarikan ini menjadi pemangkin kepada seseorang itu untuk terus mengenali wang dan terus berjuang untuk menjana kan wang. Berbalik dizaman kanak2 dahulu, hari raya adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh kanak2. KENAPAKAH?

yerp... suatu penantian yg ditggu oleh kanak2.... suatu hari yg mengembirakan... suatu hari yg berbahagia... suatu hari meraikan kemenangan dan "mercun". hehehe Time kanak2 dulu...fuh malam raya xbakar mercun xsah... mesti kena main mercun ngan bunga api gak. Tapi biasalah kanak2, tiada duit nak beli mercun. Ketika itu wang memainkan peranan sbgi dorongan kepada kanak2 ini... hehehe "Adik puasa cukup sebulan, nanti ayah bagi duit boleh beli mercun main di hari raya nanti..kan..kan..kan". Budak2 bila disogokkan mesti la seronok... maka bermula lah suatu proses pembelajaran kepada budak2 ini untuk mula berpuasa. :)
fuhh.. kuatkan kuasa kewangan... sampai disini dulu.. kita berbicara tentang Wang: Keperluan VS Kegunaan... Salam semua :)
~Manusia perlu teruskan perjalanan... tak kira jalan yang bakal ditemui adalah jalan yang lurus ataupun jalan yang penuh likuan~ -azam2011-
Sunday, February 13, 2011
Bloggers
salam~
"Untuk maju kehadapan, teruskan usaha mencapai cita-cita"
Monday, January 3, 2011
~Perjalanan baru

Alhamdulillah... Alhamdulillah...Alhamdulillah.... Bersyukur kita.. kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumi pinjaman dari yang Esa ini...
~~Bertemu kita dalam 2011...diharap segalanya akan berjalan lancar... Kesihatan yang bagus, Perniagaan yang maju, Kurang daripada masalah dan kelancaran dalam kehidupan seharian...
~~~2011, marilah kita meledakkan kembali keazaman kita... teruskan perjuangan yang belum selesai dan tingkatkan amalan-amalan hidup kita... ~JOM kejar dunia dan JOM genggam akhirat~... seimbangkannya.. Insyaallah.. kehidupan kita akan lebih bermakna...