Friday, November 25, 2011

24 Peringatan Untuk Wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”


5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”


7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.


8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.


10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.


12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.


13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.


16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”


17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”


18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

  1. Orang yang gemuk tapi kurus
  2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  3. Orang yang alim tapi jahil
  • Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  • Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  • Ingat kepada Allah SWT
  • Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  • Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.



*credit to PENULIS SENJA(blogger)

Tuesday, September 6, 2011

Luahan hati: Seawalnya


Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya






Siti Aisyah... <3 u always...

Sunday, August 21, 2011

~Luahan Hati: pertemuan~



~Perjalanan hidup kadang-kadang sukar untuk diduga.Sebahagian yang bertemu akan berpisah dan sebahagian yang hilang akan berganti. Putaran ini akan terus berputar2 dalam kehidupan manusia dalam proses melengkapkan diri.

~Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah pertemukan aku dengan seseorang yang serasi denganku.

~Pada awalnya, pertemuan ini hadir seawal tahun2010 untuk seketika sblm kembali pudar. Bak kata pepatah ada jodoh xkemana, 17/1/2011 menjadi tarikh permulaan semula jalinan ini. Pertemuan yang telah pudar kembali membara.

~Hari demi hari, masa meniti masa dan waktu berganti waktu... soal hati sukar dibicarakan. Fitrah manusia untuk sayang-menyayangi dan cinta-dicintai mengetuk pintu hatiku.

~Terdahulu, doaku di pohon agar dipertemukan seseorang yang baik budi pekerti, solehah dan setia. namun kini,Doa ku panjatkan ke hadrat Ilahi, agar jodohku dipanjangkan kerana hatiku benar-benar merasakan dialah gadis yang aku cari.

~Cantik dimataku dan sopan serta perwatakannya menarik perhatian aku dari pertemuan pertama lagi. Walaupun empunya badan seringkali menafikannya, namun bagiku dia sempurna padaku dan aku tetap menerima seadanya. Yang paling membuatkan aku tertawan, agamanya dan caranya menjagainya.
~~* قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا
وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

~Manis bertudung dan selalu melemparkan senyumanmu membuatkan diriku selalu teringat padamu. Sehari pon tidak lekang dari ingatan ku akan dirinya. Sms dan Call bagaikan rutin harian ketika berjauhan dari dirinya.

~Dalam perhubungan kejujuran, kepercayaan dan ikhlas menjadi kunci kepada kebahagiaan. Penerimaanya terhadap dirku serta kelemahan ku menambahkan lagi keyakinanku bahawa dialah gadis yg menjadi idaman hatiku. Sesungguhnya aku menerima dirimu seadanya kerana bagiku kau adalah sempurna.

~Aku tahu aku bukan yang terbaik namun ku cuba untuk terus menjadi yang terbaik. Aku xmampu menjanjikan kebahagiaan namun aku berjanji akan terus membahagiakan.


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you




ps: thanks siti aisyah... I love u so much...

Wednesday, August 3, 2011

~Ramadhan dan fadilatnya~

Kelebihan Bulan Ramadhan

# Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
# Bulan penuh keberatan.
# Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
# Amal sunat sama dengan solat fardhu.
# Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
# Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
# Bulan menambah rezeki.
# Memberi buka banyak pahala.
# Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
# 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Subhanallah...

Fadhilat dan Kelebihan Tarawih


Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-
Malam

Kelebihannya
1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya

2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin

3 Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya

7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman

8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi

18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

20 Di beri pahala para syuhada dan salihen

21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

25 Di hapuskan dari seksaan kubur.

26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur

30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Monday, June 20, 2011

Psycho Tribe - Battle Utara Mai Putaq (B.U.M.P)



~kami mai buat loqlaq...hang jgn nak lari...
~kami mai boh penampaq...hang jgn wat tak reti...

Friday, June 10, 2011

~DESAMINIUM RIMBA~

*Desaminium Rimba


Salam dan selamat petang....diharap semuanya berada dalam sihat sejahtera...

~ fuhh.. setelah sekian lama saya tinggal di hostel... akhirnya terpaksa tggl diluar... apa boleh buat la labuuu... nasib badan.. hehe


~~Lokasi penempatan yang dituju adalah di sekitar kawasan equine park, seri kembangan Malaysia... walaupun lokasi agak jauh(lebih kurang 15km +/-)... namun disebabkan beberapa faktor lain... equine park menjadi tempat pilihan sbg tempat berteduh...


~~~Antara faktornya sewa bulanan. Tidak dinafikan terdapat rumah atau apartment yang boleh disewa disekitar cyberjaya, namun kadar bayaran bulanannya adalah tinggi berbanding di Equine Park. Walhal demikian, bilik atau rumah yang disewa di equine park lebih luas dan besar. Faktor keselesaan juga menjadi punca utama lokasi pemilihan ini.


~~~~Banyak kemudahan dan prasarana yang ada berdekatan dengan tempat penginapan. Mudah untuk melakukan urusan. Terdapat bnyk kedai makan disekitar kawasan equine park. Tidak dilupakan juga, terdapat nasi lemak diwaktu pagi(hoho...layan woo). Untuk membeli belah, prasarana seperti giant dan jusco menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah. Tak dilupakan jua kedai-kedai runcit lain yang berada disekitar ini.


*hostel MMU

~~~~~Hakikat sebuah kehidupan, tak semuanya manis, tak semuanya masam dan ku sangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Disebalik 'pro' nya, tersurat juga 'cons' nya... Antaranya seperti jalan sesak teruk, jarak perjalanan dan lain-lain lagi.


Sampai sini saja coretan pada kali ini, Insyaallah... ada masa next post menanti.. :)