Tuesday, November 8, 2016

~Perjalanan: TIRED!!!

                                                          *Credit to google.


Hidup.... suatu permulaan yang menanti pengakhiran. Sepanjang 'hidup' manusia tidak terlepas dari ujian dan dugaan, cabaran dan pengalaman, masalah dan rintangan serta solusi dan penyelesaian. Likuan-likuan ini adakala mematangkan manusia untuk lebih bangkit dan adakala melemahkan manusia dari terus bangkit. Terpulang pada cara penerimaan kita sendiri.

~~Bila melihat kepada masalah dan solusi, pelbagai cara yang harus kita lakukan untuk menyelesaikannya. Pemikiran yang positif sangat diperlukan tatkala pemikiran negatif mula menghantui diri. Bermulanya masalah, di situ lah bermula 'hidden voice' yang bermain di alam minda membisik sesama sendiri. Pemikiran separa sedar ini yang adakalanya menghantar isyarat-isyarat negatif. Kita harus lakukan sesuatu untuk ubahkan ia dari negatif dan positif. 

~~~Namun, adakalanya kita akan terasa penat dalam menghadapi situasi yang berulang-ulang kali kita rasa. TIRED! TIRED! TIRED!. YA!... adakala minda kita letih dalam mencari solusi untuk masalah yang kita hadapi. Oleh itu kita perlu rehat dan reset kembali minda kita. Tetapi kita jangan lupa, baliklah kepada pencipta yang Esa. Mohon doa kepadaNya, sujudlah kepadanya dan mintalah dariNya segala yang kita perlu. Kita adalah hambanya yang hina yang sentiasa memerlukan hidayah dan rahmat dariNya. 


 

 

Sunday, November 6, 2016

~Perjalanan: Family time part1 -05nov-

Alhamdulillah... dpt berjalan-jalan bersama keluarga ke Port Dickson kali ini.

Tempat penginapan yang jadi pilihan adalah Kemang Indah Condominium.

Perjalanan dari Seri Kembangan hanya memakan masa lebih kurang 1jam lebih sahaja. Kami memilih untuk menggunakan laluan bukan highway kerana ingin menikmati pemandangan sekitar.

*pemandangan pool di Kemang Indah Condominium*

Monday, October 31, 2016

~Perjalanan: Suatu perubahan

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini. Perjalanan 2016 merencanakan penyatuan 2 hati dan 2 keluarga dengan 1 ikatan.

Lumrah manusia yang hidup dalam suasana yang penuh likuan ini tidak lari dari sifat kecintaan, kasih sayang dan sebagainya.

Semoga perjalanan 2016 adalah suatu perjalanan yang memberi permulaan berterusan bagi kebahagian dan kasih sayang.

Wednesday, September 28, 2016

~Perjalanan 2016


Tahun berganti tahun, masa berganti masa. Pelbagai perubahan yang kita tempuhi dalam dunia masa kini. Tak kira perubahan yang kita sedari atau pon tidak kita sedar yang berlaku di sekeliling kita.

Sudah lama tidak mengarang blog, tiba-tiba terdetik hari ini untuk buka kembali blog ini yang sudah setahun tidak menulis. Mungkinkah akan kembali menulis selepas ini? 

2016! Apakah perubahan yang berlaku kepada anda? Bagi saya, banyak yang berlaku dalam 2016. Semoga 2016 akan terus menyinar dan dilimpahi dengan kebaikan.




Saturday, June 6, 2015

Adakah kita kearah kebaikan???

Tahun demi tahun, hari berganti hari, masa silih bertukar.... kita menghampiri hari tua kita..
PERSOALANNYA... Adakah kita ke arah kebaikan atau sebaliknya? Adakah kita menggunakan masa kita dengan pengisian ke arah kebaikan atau sekadar mensia-siakan masa dan peluang yang diberikan... Persoalan mainan yang harus dijawab ikhlas oleh empunya diri masing-masing.


 2015... suatu angka yang menetapkan sesuatu masa/tahun. Jun adalah klasifikasi bulan yang sedang dilalui. 6hb adalah pusingan berkala dalam penentuan hari tersebut. Sedar atau tidak kita sedang menghampiri ke arah satu bulan yang sering kali di nantikan oleh semua umat islam di atas muka bumi ini.


RAMADHAN!!!




Ya Allah... panjangkanlah usia kita semua dan kedua ibu-bapa kita agar kita dapat merasa sekali lagi kenikmatan bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan pengampunan daripada yang maha Esa. Allahuakhbar!!... 



Bersediakah kita?

Mulalah dari sekarang agar kita tidak mensia-siakan peluang dan ganjaran yang telah terhidang di depan mata. Yang menanti untuk diberikan. Yang menunggu untuk dihadiahkan kepada orang-orang yang beriman. Semua kita semua termasuk diriku juga dapat mengekalkan fokus dalam bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba.. InsyaAllah...



.    عن أبي هريرة أَن َرسولَ الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: "إِذا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتْ الشَّياطينُ". أخرجه مسلمٌ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahwasanya Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “ Apabila datang bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu Surga, ditutuplah pintu-pintu Neraka dan Syetan-Syetan dibelenggu. ( HR. Muslim )

Sunday, May 31, 2015

Cuti Sekolah pon bermula!!!


~Yahooo.... bersorak gembira adik-adik ya... cuti sekolah dah tiba... tak kurang juga ibu bapa juga tersenyum riang. Teringat rancangan pelan percutian sepanjang cuti sekolah yang telah dirancang untuk bawa anak-anak masing2. Tak kira percutian dalam atau luar negara. Detik percutian adalah suatu yang sangat menarik untuk di rencanakan dalam memori dan ingatan masing2.



~~Apakan daya... cuti sekolah kurang bermakna bagi pekerja seperti aku.. hehe mao tak xnyer... xdapat cuti.. keh keh keh..cuba kalau dpt cuti... lainlah ceritanya... Cuti sekolah ini selain dari percutian, banyak org mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga. Time2 sebegini lah bnyk mempelai memilih dan mengambil peluang untuk menikah dan menjalankan majlis resepsi. 


~~~Fuh... dalam 2 hari ini saja, ramai kenalan aku yang berkahwin dan menjalankan majlis kenduri dan resepsi.  Tahniah kepada semua kawan-kawan ku. Tengok dalam facebook, mempelai2 mengupdatekan gambar2 majlis pernikahan dan perkahwinan... terdetik dalam hati..bilanya detik nak merasa sedemikian juga. Xsabar gak nk rasa suasana sebegitu. Meriah dah indah.. hehe InsyaAllah.. akan tiba detik itu... kepada bakal jodohku, InsyaAllah kita kan lalui ia yer.. hehe  :)




*pic credit to google image

Wednesday, April 8, 2015

Jalan-jalan Cari makan 6~april

Setelah penat lelah berhempas pulas dalam dunia IT:Network [Read:kerja], its time for lepaking and jalan-jalan cari makan... keh keh keh...Tatkala dah nak balik kerja si dia ngajak dinner together-gether.... terus bertenaga kembali walaupon dah hampir 9jam memerah otak...


~Seperti kebiasaan, tempat pertemuan telah ditetapkan iaitu KL Sentral. Fuh... kalau nk pergi dengan kereta dari BSN Training Center ni masak.... Jalannya jem... parah dehh... Tetapi alternatif lain yang ada lebih mudah, selesa dan menjimatkan.... iaitu KTM KOMUTER la jawabnya... layannnzzz...
[Hanya satu jer issue yang diharap agar pihak KTM dapat selesainya... Train yang kerap delay beberapa ketika...selain dari itu KTM mmg ok]... Dari Serdang station ke KL Sentral... mmg murah beb!!! xsmpt 2-3 ringgit sudah sampai.... nilai yang tepat xdpt kenal pasti... sbb `penulis` menggunakan TnG.. :)






Kurang dari satu jam...penulis sudah tiba ke KL Sentral... sebenarnya perjalanan dari Serdang ke KL Sentral adalah dekat....disebabkan terdapat penangguhan perjalanan seketika... sebab itulah masa berganjak sedikit menjadikan ia lebih lama untuk tiba ke lokasi yang di tuju....Akhirnya, di KL Sentral lah kita... yehuuuuuu





Sudah tibanya ke KL Sentral sudah masuk waktu Maghrib.... mencari surau la kita. Alhamdulillah, aspek keagamaan tetap di jaga di sini. Terdapat kemudahan asas surau di sini untuk memudahkan para pengunjung dan musafir. Walaupon bagi surau lelaki kedudukannya agak jauh kebelakangan, namun kemudahan yang disediakan lengkap dengan tempat wuduk dan solat yang bersih.


Lepas solat bermulalah acara jalan-jalan cari makanan... Tunggu seberapa ketika akhirnya bertemu dengan si dia. Kelebihan nya bertemu di sini. Di sebelah KL Sentral ini terdapat satu shopping complex bernama NU Sentral. Terdapat pelbagai kedai didalam NU Sentral ini. So acara jalan-jalan cari makan di teruskan... Seperti biasa bila bersama dengan dia, saat paling susah adalah menentukan tempat makan.. hahaha... Setiap kali rasanya terjadi sebegini. Hampir atau lebih setengah jam, berpusing-pusing di aras yang sama... ada kedai yang lebih dari 2-3kali lalu.. still xdpt decide gak nak menjamah makanan di mana. Akhir kata sebulat suara, Nandos menjadi tempat dinner di malam itu... hehe  Menu yang dipilih Whole chicken peri-peri Hot [tapi sampai peri-peri mild jer] + heaven iced lemon tea + strawberry soft drink + Spice rice + Rice (xingat nama)....Apalagiiii.. ngap lah. hehe plus si dia nk berbuka puasa lak tu....