Tuesday, July 24, 2012
Muhasabah Diri....(Apa pendapat anda?)
Sunday, June 10, 2012
Sharky to turn nemo???
*Proses menanggalkan ekzos lama...
Thursday, May 10, 2012
DOA Untuk Memagari Dari Gangguan Syaitan
DOA Untuk Memagari
Dari Gangguan Syaitan
Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak
daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan
As-sunnah:
1. Membaca surah Al-baqarah di dalam rumah
Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan.
Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan
dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)
2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah
3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur
{ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا
الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ
أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ
إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا
يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }
4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :
اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره
Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah
Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”
5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur
Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah
صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari,
baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup
keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian
baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya.
Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda
melakukan hal itu tiga kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)
6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari
mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali,
kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim)
7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda
(maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
akan dapat menghindari/benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.
Wednesday, March 21, 2012
Luahan Hati: Cinta Dan Sayang
Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati
~Sejenak melayan laungan lagu nyanyian penghibur legenda tanahair iaitu Sudirman bertajuk "nilai cintamu" tiba2 mood berjiwang lak tiba..ekekeke Dah lama xmengupdate Blog.. dah berhabuk dahhhh... fuhhh
~~Cinta Dan Sayang adalah suatu fitrah dalam setiap manusia. Setiap manusia mempunyai sifat penyayang dan ingin disayangi serta mencinta dan dicintai. Manusia yang waras dan normal akan mempunyai sifat ini. Ia adalah suatu anugerah yang wujud dihati setiap manusia.
~~~Cinta Dan Sayang wujud dalam banyak bentuk. Cinta kepada yang Esa, Cinta kepada junjungan mulia Rasullah S.A.W, Cinta kepada ibu bapa dan cinta insan kepada insan yang lain.
~~~~Post kali ini, more to cinta insan. Cinta dan Sayang adalah suatu fenomena yang sukar diramalkan. Ia datang tanpa diundang dan pergi tanpa diduga. Oleh itu, jagalah ia sebaiknya. Namun cinta insan haruslah dibatasi dengan syariat dan dikawal agar tidak dipengaruhi syaitan si penggoda.
~~~~~Cinta Dan Sayang bukanlah suatu perancangan. Sebagai manusia biasa, pasti akan wujud perasaan ini. Seorang lelaki memerlukan seorang wanita untuk menemani dirinya menempuhi ranjau kehidupan. Begitu juga seorang wanita memerlukan seorang lelaki untuk memacu bahtera perjalanan titian yg penuh likuan.
~~~~~~Ramai mencari cinta hanya pada zahir semata2. Namun cinta sebegitu akan musnah apabila kecantikan itu hilang. Carilah cinta atas dasar hati, naluri dan agama. Cintailah seorang wanita kerana agamanya, keturunannya dan kecantikanya serta kesopanannya.
~~~~~~~Naluriku telah bertaut kepada seorang gadis. Bagiku, kecantikan dirinya bukan hanya sekadar luaran. Caranya dan kelakuannya membuatku gembira bersamanya. Setiap detik bersama sentiasa menjadi kenangan.. :)
Dialah cintaku dan dialah Siti Aisyah Isa... Semoga perhubungan ini direstui hingga ke akhir hayat.. Insyaallah...
Sunday, February 19, 2012
~SELAMAT TINGGAL DESAMINIUM RIMBA~

~Assalamualaikum... salam sejahtera... Fuhh... bermula esok akan ku tinggalkan apartment Desaminium Rimba sehingga bulan6...
~~Peninggalan ku ini hanyalah sementara kerana ku akan pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan tuntutan pihak university iaitu internship program atau praktikal....
~~~Kepada housemate2, jagalah rumah kita elok2 ya... nanti aku balik kita karok lagi yer... pisss yowww!!!!!... hahahaha
Sunday, January 8, 2012
Anak2... Adakah kita ASSET KE SYURGA IBU_BAPA KITA?
Hayatilah dan lihatlah diri kita.. adakah kita benar2 anak yang akan membawa kedua ibu bapa kita ke syurga?
Wednesday, December 28, 2011
Erti Cinta Dan Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .
pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?
guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......
tamat....
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .



