Monday, February 23, 2015

2015 SUDAH MENJELMA!!!

Salam dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah... bersyukur kita kerana masih lagi di izinkan untuk terus menjadi khalifah di atas muka bumi ini. 2015 suatu aras di mana meningkatnya lagi umur kita dan kematangan kita. Alhamdulillah 2015.... 

Agak2 apakah yang masih menanti di dalam perjalanan 2015 ke atas diri kita masing2 ya? Adakah ada anjakan paradigma dari 2014 sudah berhasil tatkala kehadiran 2015? Apakah pengharapan perjalanan kita pada 2015 ini? Agak terlewat untuk di utarakan apakah AZAM anda untuk 2015? Semoga semua azam dan matlamat kita untuk 2015 ini menjadi kenyataan. InsyaAllah...


Saturday, December 6, 2014

IM BACK??? 2014!!! COUNTDOWN..








*Salam dan selamat sejahtera semua yang membaca... haha saja bosan kembali kemaskan blog yang dah nak bersawang dah ni.. kehkehkeh


Friday, January 4, 2013

[Luahan Hati] Sayang - Shae




~~~Alhamdulillah, YaAllah. Lately aku berasakan bagai doa ku diperkenanmu YaAllah. Terasa kembali bagaikan sidia kembali rapat dengan diriku. Ku mampu kembali tersenyum memikirkan tentang sidia. Bagaikan peluang kedua datang kembali utk ku bersama dengan dia. Walaupon hati ini pernah sakit dan hancur pada suatu ketika itu tetapi sejujurnya, aku masing sayangkan dia sepenuh hatiku.


~~~Aku tidak mencari yang cantik, tetapi aku mencari yang baik. Aku tidak mencari yang kaya, tetapi aku mencari yang boleh memberikan bahagia. Aku merasakan dialah yang kucari selama ini. Semoga titik perjalanan kali ini menjadi sandaran ke arah kebaikan, In Shaa Allah.

~~~Semalam selepas berborak panjang thru phone, si dia dedicatedkan a song for me called sayang by shae. Baru sekarang berkesempatan mendengar lagu ini, kembali membuatkan ku tersenyum. Hahaha comel betul lagu ni. Antara lirik lagu ini:-


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

PS: Yup.. hatiku tidak pernah berubah untukmu Siti Aisyah..

Sunday, November 4, 2012

YaAllah... Adakah dia yang bakal menjadi makmumku?

~Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku ini... Aku buntu dan hilang arah... Soalan yang sama terus berulang2 di fikiran ku.... Adakah sebenar-benarnya dia milik ku? Kenapakah tiba2 hatinya berubah tanpa tanda-tanda? Dan kenapakah ia berubah?

~~Bermulanya tanggal 17/1/2011, Tidak pernah sekalipon ku lupa mendoakan agar dia menjadi yang sah milikku.. Selepas solatku sentiasa ku berdoakan kepada kedua ibu bapa ku, kepada diriku, kepada dia dan kepada arwah tok aku serta umat islam yang lain. Sehingga ke hari ini, aku masih berdoa dan memberi semangat kepada hatiku... Agar dia terus menjadi milikku YaAllah...Sehingga ke selepas solat Maghrib tadi.. masih Kekal dihatiku, yang aku akan berusaha untuk menjadikan dialah yg akan menemaniku melayari bahtera hidupku..

~~~Namun aku hanya insan biasa yang penuh dengan kesilapan. Andai dia benar2 milikku..kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku... Jika dia bukan tercipta untuk ku YaAllah, kau kuatkanlah semangatku untuk melupakan perasaan ini selama-lamanya. YaAllah ya tuhanku, hanya engkau mengetahui segalanya yang berlaku dalam kehidupan hambamu ini.. Ku harapkan jalan yang terbaik untuk ku YaAllah...

~~~~Jauh disudut hatiku, Aku masih inginkan dia menjadi MAKMUMKU....~~~~


 

Monday, October 29, 2012

DOA DIBERIKAN JODOH

Bismillahirrohmannirrohim…..

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..


Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah…Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..


Ya Rabb…Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..


Rabb….
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb…


( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya…mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua…..Aamiin )

**credit: blog informasi.my 


 

Tuesday, July 24, 2012

Muhasabah Diri....(Apa pendapat anda?)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih bernafas dan merasai nikmat dunia yang sementara ini. Sudah 4-hari kita berpuasa dan sudah 5malam kita bermunajat kepada yang Esa sebagai hamba Allah yang hina lagi kerdil dengan menunaikan solat sunat terawikh.

 Alangkah gembiranya melihat rumah-rumah Allah yang dipenuhi ramai muslimin dan muslimat dalam mengimarahkan rumah-rumah Allah dengan bersolat terawikh. Alhamdulillah... Hebat! Memang Hebat!... mari kita teruskan kehebatan kita ini untuk merebut bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan Siksaan kubur. InsyaAllah..


Disini saya sekadar ingin berkongsi pendapat sesama kita. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan ianya tak salah. Hanya selepas perjalanan pulang dari surau sebentar tadi, terdetik beberapa persoalan di minda saya. Dan posting ini bukanlah menegur atau mengata atau sebagainya.Ia hanyalah nukilan dan tulisan isi hati saya dikala ini. Maaf jikalau ada yang terguris.


Berlegar di ingatan saya sebentar tadi adalah "pakaian yang dikenakan untuk pergi beribadah kepada Allah". Tak salah apa jenis pakaian pon yang dipakai asalkan bersih dan menutup aurat. Hari ini hari kedua saya ke surau dengan mengenakan t-shirt(selalunya berbaju melayu..hantar dobi xamik2 lagi). Terdetik dihati saya lebih cantik dan menarik jika hendak pergi jumpa yang Esa jika kita berpakai kemas dan cantik.

Bukan apa, jika difikarkan kembali. Jika kita nak pergi jumpa BF or GF, fuhhhhh... bukan main smart lagi kan. Bajunya dan seluarnya mmg bergaya. Tampan dan cantik. Tapi bila nk berjumpa pencipta? hanya mengenakan t-shirt dan kain pelikat. hehe come-on bro.. tak tampan la kan..ekeke jom kita pakat2 pakai pakaian kemas. Berbaju melayu ke berjubah ke? wahh... tampan habis.. ala2 pendekar melayu gitu.. :)

Bila ada jer appointment nk dating ngan BF la GF la bagai... bersiap bukan main lagi kan. Kadang2 siap kita pakai eksesori(nak eja omputih xreti..ekeke) mcm2. *Uish...kena la bergaya bro.. jumpa kekasih hati tu bro.* hehe.. bagus.. Imej dan personaliti mmg harus dijaga dan xsalah. Cuba kita try applikasi benda yang sama ketika nk beribadah kan... hehehe  Kita kasi tmbh eksesori bagi kasi nk cantik dan tampan.. Serban ke Kopiah ke Songkok ke.. perhhhh.... Lelaki melayu terakhir... kan Cantikkan... ;)

Nak pergi dating ni, dia punya perfume.. fuhhhh... keluar jer pintu terus harum semerbak. hehe Tak menjadi masalah, mmg wangi itu perlu baru kena dengan gayanya. Dikala nk beribadah, jom kita cari minyak altar.. hehe xmahal pon kan(saya pon xde lagi..nk kena cari gak ni)... Handphone blackberry la android la smartphone la.. riban2 tu... murah ajer kan...kannnnn...boleh beli..ekekeke :p 


Hehehe... apa-apa pun nukilan diatas hanyalah selingan atau nukilan saja-saja dari saya. Mohon maaf jika nukilan ini menguris hati yang membaca.Sesungguhnya, saya tak ada niat utk mengata2 or apa2 aja..sekadar tulisan seronok2 mengupdate blog dan apa yang terlintas di minda saya sebentar tadi. Tak salah untuk pakai apa pon asalkan bersih dan menutup aurat dan beribadahlah dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah.


MOHON MAAF SEKALI LAGI DAN SELAMAT BERPUASA :)


ps: Takkan spend duit untuk cantik didepan awek jer bro... hehehe

Takkan time kahwin ajer nk pakai baju melayu kan bro kan.. hahahah :) 


 

Sunday, June 10, 2012

Sharky to turn nemo???

Sekian lama jiwa muda remaja yang bergelora memberontak dijalanraya dengan SETUP perang!!!!  sekarang kembali ke suasana tenang.

Dahulunya gagah bagai hang tuah membelah halilintar dek gempita laungan nya, skrg menjadi hang jebat yang tenang tetapi pantang dicabar.

Dahulu datangnya bagaikan dipalu dari jauh dek lantaran garangnya bunyi ngauman, sekarang menjadi penyelinap yg menyelinap dengan bunyi yang menenangkan....   


APAKAH SHARKY MENJADI NEMO??? ekekeke....



Old setup..... Prang.... can identified dari tingkat19... boleh didengari dari jauh... dan bagaikan motobot yg ingin berlabuh...







*Proses menanggalkan ekzos lama...



Dan.. new setup.... Silent but killing.. ekekeke *perasan je lebey*








S-fLOW inStaLleD..... 


SUper SenyaP and TenaNg....:)