Merdeka adalah suatu kebebasan daripada penjajahan atau daripada dibelenggu oleh pihak lain melalui perjuangan secara diplomatik, mentally mahupun secara kekerasan seperti peperangan. Sifat 'ingin merdeka' adalah suatu sifat yg dimangkin oleh diri manusia yang ingin berubah daripada suatu tahap ke suatu tahap yang lain.
Dalam erti kata lain, seseorang yang merdeka telah melalui proses perubahan dalam hidupnya berbanding sebelum mencapai kemerdekaan. Beliau juga bebas melakukan sesuatu tanpa perlu mengikut arahan daripada orang lain,bebas melakukan aktiviti sendiri mengikut kemahuan sendiri dan sebagainya.
Kemerdekaan pada pandangan saya, bukan hanya tertumpu kepada pembebasan dari penjajahan tapi merdeka juga merangkumi perjalanan hidup manusia atau sesebuah institusi kenegaraan selepas mengalami kemerdekaan. Dalam erti kata lain, bagaimana kesan kemerdekaan, impak dan apa yang telah 'merdeka' coretkan dan alurkan dalam kehidupan seharian kita.Adakah merdeka hanya bermaksud kita bebas dari penjajahan? Hidup aman? Masing-masing empunya jawapan sendiri. Tepuk dada tanya iman.
Penghayatan selepas `kemerdekaan` juga merupakan suatu perjuangan bagaimana persepsi kita mengenai dunia,negara,agama,bangsa dan diri kita sendiri. Apakah kita sudah benar2 merdeka? atau kita hanya mengecapi keamanan semata-mata tanpa memikirkan situasi yang mendatang?
Ramai yang terlepas pandang isu kemerdekaan ini dengan hanya tertumpu pada kemerdekaan negara. Tetapi isu yang tersirat adalah kemerdekaan mutlak. Tanpa kita sedari, hari demi hari kita semakin dijajah oleh barat melalui cara halus. Tanpa kita sedari, mentality kita semakin dijajah oleh budaya-budaya barat. Bermulanya dari fesyen hinggakan ke amalan harian. Tidak salah mengikuti fesyen dari luar, cuma jangan jadikan ia suatu budaya yang mencorakkan bangsa kita. Dari segi amalan harian, kita sebagai warga Malaysia telah diterapkan dengan nilai2 murni yang penuh dengan adat kesopanan dan kelembutan. Tetapi tanpa kita sedari, semakin hari semakin ramai anak muda yang terdedah dengan budaya2 sosial yg melebihi batasan agama dan budaya kita. Adakah itu budaya kita? Nyatalah penjajahan minda telah berjaya dilakukan oleh orang barat....
Antara penjajahan minta yang dilakukan oleh barat adalah 'barangan buatan barat lebih bagus dari buatan Malaysia'. Tidak dinafikan sesetengah barangan buatan barang berkualiti namun dalam arus dunia sekarang, dapat saya katakan barangan Malaysia sudah setanding dengan barangan barat. Tapi untuk menghakis sifat 'barangan buatan barat lebih bagus dari buatan Malaysia' kita memerlukan suatu perjuangan minda yang tinggi kerana sudah sekian lama mentality kita telah di'set'kan untuk menerima hakikat itu.
Akhir kata dari saya, merdeka adalah perubahan diri kita dari satu tahap ke tahap yg lebih baik, dari dijajah ke kebebasan, dari diperintah ke bebas melakukan apa sahaja, dari bawah ke atas dan dari pada penguasaan ke demokrasi yang berkepimpianan. Banyak lagi yang ingin saya coretkan namun sampai setakat ini dulu nukilan dari saya, luahan hati saya dan jika ada silap dah salah jangan malu dan segan untuk tegur sy dan comment sy agar sy dapat berubah dan mengubah diri saya.
SALAM MERDEKA!! BEBASKAN DIRI DAN TINGKATKAN PRESTASI...
No comments:
Post a Comment