Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati
~Sejenak melayan laungan lagu nyanyian penghibur legenda tanahair iaitu Sudirman bertajuk "nilai cintamu" tiba2 mood berjiwang lak tiba..ekekeke Dah lama xmengupdate Blog.. dah berhabuk dahhhh... fuhhh
~~Cinta Dan Sayang adalah suatu fitrah dalam setiap manusia. Setiap manusia mempunyai sifat penyayang dan ingin disayangi serta mencinta dan dicintai. Manusia yang waras dan normal akan mempunyai sifat ini. Ia adalah suatu anugerah yang wujud dihati setiap manusia.
~~~Cinta Dan Sayang wujud dalam banyak bentuk. Cinta kepada yang Esa, Cinta kepada junjungan mulia Rasullah S.A.W, Cinta kepada ibu bapa dan cinta insan kepada insan yang lain.
~~~~Post kali ini, more to cinta insan. Cinta dan Sayang adalah suatu fenomena yang sukar diramalkan. Ia datang tanpa diundang dan pergi tanpa diduga. Oleh itu, jagalah ia sebaiknya. Namun cinta insan haruslah dibatasi dengan syariat dan dikawal agar tidak dipengaruhi syaitan si penggoda.
~~~~~Cinta Dan Sayang bukanlah suatu perancangan. Sebagai manusia biasa, pasti akan wujud perasaan ini. Seorang lelaki memerlukan seorang wanita untuk menemani dirinya menempuhi ranjau kehidupan. Begitu juga seorang wanita memerlukan seorang lelaki untuk memacu bahtera perjalanan titian yg penuh likuan.
~~~~~~Ramai mencari cinta hanya pada zahir semata2. Namun cinta sebegitu akan musnah apabila kecantikan itu hilang. Carilah cinta atas dasar hati, naluri dan agama. Cintailah seorang wanita kerana agamanya, keturunannya dan kecantikanya serta kesopanannya.
~~~~~~~Naluriku telah bertaut kepada seorang gadis. Bagiku, kecantikan dirinya bukan hanya sekadar luaran. Caranya dan kelakuannya membuatku gembira bersamanya. Setiap detik bersama sentiasa menjadi kenangan.. :)
Dialah cintaku dan dialah Siti Aisyah Isa... Semoga perhubungan ini direstui hingga ke akhir hayat.. Insyaallah...
ps: She is My Love... ;)
No comments:
Post a Comment