Saturday, June 6, 2015

Adakah kita kearah kebaikan???

Tahun demi tahun, hari berganti hari, masa silih bertukar.... kita menghampiri hari tua kita..
PERSOALANNYA... Adakah kita ke arah kebaikan atau sebaliknya? Adakah kita menggunakan masa kita dengan pengisian ke arah kebaikan atau sekadar mensia-siakan masa dan peluang yang diberikan... Persoalan mainan yang harus dijawab ikhlas oleh empunya diri masing-masing.


 2015... suatu angka yang menetapkan sesuatu masa/tahun. Jun adalah klasifikasi bulan yang sedang dilalui. 6hb adalah pusingan berkala dalam penentuan hari tersebut. Sedar atau tidak kita sedang menghampiri ke arah satu bulan yang sering kali di nantikan oleh semua umat islam di atas muka bumi ini.


RAMADHAN!!!




Ya Allah... panjangkanlah usia kita semua dan kedua ibu-bapa kita agar kita dapat merasa sekali lagi kenikmatan bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan pengampunan daripada yang maha Esa. Allahuakhbar!!... 



Bersediakah kita?

Mulalah dari sekarang agar kita tidak mensia-siakan peluang dan ganjaran yang telah terhidang di depan mata. Yang menanti untuk diberikan. Yang menunggu untuk dihadiahkan kepada orang-orang yang beriman. Semua kita semua termasuk diriku juga dapat mengekalkan fokus dalam bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba.. InsyaAllah...



.    عن أبي هريرة أَن َرسولَ الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: "إِذا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتْ الشَّياطينُ". أخرجه مسلمٌ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahwasanya Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “ Apabila datang bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu Surga, ditutuplah pintu-pintu Neraka dan Syetan-Syetan dibelenggu. ( HR. Muslim )

Sunday, May 31, 2015

Cuti Sekolah pon bermula!!!


~Yahooo.... bersorak gembira adik-adik ya... cuti sekolah dah tiba... tak kurang juga ibu bapa juga tersenyum riang. Teringat rancangan pelan percutian sepanjang cuti sekolah yang telah dirancang untuk bawa anak-anak masing2. Tak kira percutian dalam atau luar negara. Detik percutian adalah suatu yang sangat menarik untuk di rencanakan dalam memori dan ingatan masing2.



~~Apakan daya... cuti sekolah kurang bermakna bagi pekerja seperti aku.. hehe mao tak xnyer... xdapat cuti.. keh keh keh..cuba kalau dpt cuti... lainlah ceritanya... Cuti sekolah ini selain dari percutian, banyak org mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga. Time2 sebegini lah bnyk mempelai memilih dan mengambil peluang untuk menikah dan menjalankan majlis resepsi. 


~~~Fuh... dalam 2 hari ini saja, ramai kenalan aku yang berkahwin dan menjalankan majlis kenduri dan resepsi.  Tahniah kepada semua kawan-kawan ku. Tengok dalam facebook, mempelai2 mengupdatekan gambar2 majlis pernikahan dan perkahwinan... terdetik dalam hati..bilanya detik nak merasa sedemikian juga. Xsabar gak nk rasa suasana sebegitu. Meriah dah indah.. hehe InsyaAllah.. akan tiba detik itu... kepada bakal jodohku, InsyaAllah kita kan lalui ia yer.. hehe  :)




*pic credit to google image

Wednesday, April 8, 2015

Jalan-jalan Cari makan 6~april

Setelah penat lelah berhempas pulas dalam dunia IT:Network [Read:kerja], its time for lepaking and jalan-jalan cari makan... keh keh keh...Tatkala dah nak balik kerja si dia ngajak dinner together-gether.... terus bertenaga kembali walaupon dah hampir 9jam memerah otak...


~Seperti kebiasaan, tempat pertemuan telah ditetapkan iaitu KL Sentral. Fuh... kalau nk pergi dengan kereta dari BSN Training Center ni masak.... Jalannya jem... parah dehh... Tetapi alternatif lain yang ada lebih mudah, selesa dan menjimatkan.... iaitu KTM KOMUTER la jawabnya... layannnzzz...
[Hanya satu jer issue yang diharap agar pihak KTM dapat selesainya... Train yang kerap delay beberapa ketika...selain dari itu KTM mmg ok]... Dari Serdang station ke KL Sentral... mmg murah beb!!! xsmpt 2-3 ringgit sudah sampai.... nilai yang tepat xdpt kenal pasti... sbb `penulis` menggunakan TnG.. :)






Kurang dari satu jam...penulis sudah tiba ke KL Sentral... sebenarnya perjalanan dari Serdang ke KL Sentral adalah dekat....disebabkan terdapat penangguhan perjalanan seketika... sebab itulah masa berganjak sedikit menjadikan ia lebih lama untuk tiba ke lokasi yang di tuju....Akhirnya, di KL Sentral lah kita... yehuuuuuu





Sudah tibanya ke KL Sentral sudah masuk waktu Maghrib.... mencari surau la kita. Alhamdulillah, aspek keagamaan tetap di jaga di sini. Terdapat kemudahan asas surau di sini untuk memudahkan para pengunjung dan musafir. Walaupon bagi surau lelaki kedudukannya agak jauh kebelakangan, namun kemudahan yang disediakan lengkap dengan tempat wuduk dan solat yang bersih.


Lepas solat bermulalah acara jalan-jalan cari makanan... Tunggu seberapa ketika akhirnya bertemu dengan si dia. Kelebihan nya bertemu di sini. Di sebelah KL Sentral ini terdapat satu shopping complex bernama NU Sentral. Terdapat pelbagai kedai didalam NU Sentral ini. So acara jalan-jalan cari makan di teruskan... Seperti biasa bila bersama dengan dia, saat paling susah adalah menentukan tempat makan.. hahaha... Setiap kali rasanya terjadi sebegini. Hampir atau lebih setengah jam, berpusing-pusing di aras yang sama... ada kedai yang lebih dari 2-3kali lalu.. still xdpt decide gak nak menjamah makanan di mana. Akhir kata sebulat suara, Nandos menjadi tempat dinner di malam itu... hehe  Menu yang dipilih Whole chicken peri-peri Hot [tapi sampai peri-peri mild jer] + heaven iced lemon tea + strawberry soft drink + Spice rice + Rice (xingat nama)....Apalagiiii.. ngap lah. hehe plus si dia nk berbuka puasa lak tu....

 

Thursday, March 26, 2015

NETWORK part 3: CISCO 1841 Specifications

Cisco 1841 router
  • Connectivity Technology
    wired
  • Data Link Protocol
    Ethernet, Fast Ethernet
  • Network / Transport Protocol
    IPSec
  • Remote Management Protocol
    SNMP
  • Encryption Algorithm
    AES, DES, SSL, Triple DES
  • Authentication Method
    Secure Shell v.2 (SSH2)
  • Features
    Intrusion Prevention System (IPS), URL filtering, VPN support, firewall protection, hardware encryption
  • Flash Memory
    64 MB (installed) / 128 MB (max)
  • Manufacturer
    Cisco

Networking

  • Connectivity Technology
    wired
  • Network / Transport Protocol
    IPSec
  • Type
    router
  • Data Link Protocol
    Ethernet, Fast Ethernet
  • Features
    Intrusion Prevention System (IPS), URL filtering, VPN support, firewall protection, hardware encryption

Power

  • Power Provided
    50 Watt

Miscellaneous

  • Width
    13.5 in
  • Depth
    10.8 in
  • Height
    1.9 in
  • Weight
    6 lbs
  • Rack Mounting Kit
    optional
  • Compliant Standards
    CISPR 22 Class A, EN 61000-4-3, EN 61000-4-4, EN 61000-4-5, EN 61000-4-6, EN50082-1, EN55022 Class A, EN55024, UL 60950, CISPR 24, CS-03, CSA, CTR 21, EN 60950, EN 61000-3-2, EN 61000-3-3, EN 61000-4-2
  • Rack Mounting Kit
    optional
  • Compliant Standards
    CISPR 22 Class A, EN 61000-4-3, EN 61000-4-4, EN 61000-4-5, EN 61000-4-6, EN50082-1, EN55022 Class A, EN55024, UL 60950, CISPR 24, CS-03, CSA, CTR 21, EN 60950, EN 61000-3-2, EN 61000-3-3, EN 61000-4-2
  • Authentication Method
    Secure Shell v.2 (SSH2)

Software / System Requirements

  • OS Provided
    Cisco IOS IP Base

Dimensions & Weight

  • Width
    13.5 in
  • Depth
    10.8 in
  • Height
    1.9 in
  • Weight
    6 lbs
  • Depth
    10.8 in
  • Width
    13.5 in
  • Height
    1.9 in
  • Weight
    6 lbs

Environmental Parameters

  • Min Operating Temperature
    32 °F
  • Max Operating Temperature
    104 °F
  • Humidity Range Operating
    10 - 85%

General

  • Manufacturer
    Cisco

Wednesday, March 25, 2015

NETWORK part 2: Router Cisco 1841

Alhamdulillah.... setelah beberapa bulan berada dalam firstliner network.. Banyak benda yang telah ku pelajari. Suatu ilmu yang baru bagi diri ku... Selama ini lebih kepada mengunakan internet dsb tanpa mengambil tahu tentang suatu rangkaian data yang berlaku. Akhirnya kini ku semakin mengenali sket demi sket.


Teruskan belajar, belajar dan belajar... satu ungkapan yang patut kita tanam dalam hati kita masing2. Proses pembelajaran adalah suatu proses yang tidak akan terhenti pada suatu tempoh masa sahaja... Sebaliknya ia adalah satu perjalanan yang harus di lalui dan di tempuhi oleh semua manusia di atas muka bumi ini. Walhal demikian, sifat kecintaan terhadap ilmu harus di terapkan ke dalam diri masing2 agar ia terus sebati dengan kita. 



Salah satu router yang telah ku pelajari ketika ini. (Lampiran)

Monday, March 9, 2015

New Career on 2015!!!

~Alhamdulillah, hari demi hari kita masih di beri peluang untuk terus bernafas di bumi tidak kira di mana jua kita berada. Pelbagai nikmat dan ujian akan terus kita kecapi dan hadapi.

~~Alhamdulillah juga pada 2015, aku diberi peluang untuk menambahkan coretan dalam perjalanan hidup ku di dalam bidang yang lain dari bidang yang telah ku lalui. Lembaran 2015 merencanakan aku didalam bidang NETWORK/IT. Suatu bidang yang sedari peringkat pengajian tinggi antara subjek-subjek yang aku tidak meminati. Jika ditanyakan tentang minat, sudah tentu RF adalah pilihan utamaku.

~~~Namun inilah perjalanan ini, suatu ilmu yang harus aku hadapi dan pelajari.




Monday, February 23, 2015

2015 SUDAH MENJELMA!!!

Salam dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah... bersyukur kita kerana masih lagi di izinkan untuk terus menjadi khalifah di atas muka bumi ini. 2015 suatu aras di mana meningkatnya lagi umur kita dan kematangan kita. Alhamdulillah 2015.... 

Agak2 apakah yang masih menanti di dalam perjalanan 2015 ke atas diri kita masing2 ya? Adakah ada anjakan paradigma dari 2014 sudah berhasil tatkala kehadiran 2015? Apakah pengharapan perjalanan kita pada 2015 ini? Agak terlewat untuk di utarakan apakah AZAM anda untuk 2015? Semoga semua azam dan matlamat kita untuk 2015 ini menjadi kenyataan. InsyaAllah...