Wednesday, November 24, 2010

~Salam santai


~Fuhh.. post kali nak santai sket.. maklumla baru lepas habis exam.. letih otak.... so kena relax2..

Berbalik kepada post yang lalu.. adakah anda sudah berfikir untuk "Mula membuat pelaburan"?

~~Jika belum marilah kita mula melabur. Xkira dimana dan apa medium yang
anda inginkan dan anda perolehi. Mari kita mulakan amalan ini sebagai suatu faktor dalam mengubahkan kehidupan kita ke arah lebih baik :).

Namun, bijaklah dalam melabur ya semua... Ada yang untung- Ada yang rugi..

SEkian saja utk kali ni... nanti kita sembang2 lagi la yer..

Friday, November 12, 2010

~Hidup Dengan tenang...(PELABURAN - 2)



~Post yang lalu, sy ada terangkan perihal pelaburan... PELABURAN bagi sy adalah suatu "kemestian dan tanggungjawab" untuk kita... Renungkan kemana hala tuju kewangan kita tanpa pelaburan??? Pernah terfikir Asset yang kita miliki 20 thn akan datang? Definisi sesuatu pelaburan juga bole di sama ertikan dengan SIMPANAN. Namun ada pelaburan yang bersifat simpanan tetap dan tidak boleh dimanipulasikan dalam sesuatu tempoh masa yang telah dipersetujui.

~~Tadi sy terfikir sejenak.. bagaimana hendak hidup dengan tenang bila sudah bekerja nanti? Terlintas di minda... Hutang PTPTPN, Pinjaman Perumah, Pinjaman kenderaan dan living cost. Sedarkah kita, semakin hari semakin tinggi kos sara diri..

~~~Oleh yang demikian, sy ada terfikir beberapa langkah yang patut kita semua ambil. Antaranya, Tekad untuk bebas daripada pinjaman dan hutang. Kita perlu memikir menjangkaui batasan pemikiran ttg bagaimana kita boleh menjana pendapatan tambahan dalam usaha mengurangkan jumlah hutanG.

~~~~Bila sudah mempunyai tekad, kita harus bijak menguruskan kewangan bukan "bijak membelanjakan wang". Kita harus mendidik diri kita dengan displin yang ketat dalam merealisasikan tekad kita.

~~~~~Bila kita sudah mampu displin kan kewangan kita, "TETAPkan simpanan kewangan". Cukup sekadar hanya jumlah kecil wang kumpulan setiap bulan tapi yang penting persistent. Sehari rm1 x 30 hari = rm30 x 12 = rm360 setahun :)


"Saya juga tertanya adakah saya mampu mengubahnya dan mengikuti apa yang terlintas di minda sy ini?" -azam-

Thursday, November 11, 2010

~PELABURAN!!!!!!



~Salam and Selamat malam semua... Apa khabar anda semua hari ini... harap semua sihat2 sejahtera...

~~Dunia era baru yang penuh dengan globalisasinya...bermacam-macam rintangan, cabaran dan halangan dalam hidup kita yang harus kita hadapi.... Cabaran yang mendatang, semakin hari dirasakan semakin membebani kehidupan seharian kita...

~~~Apa yg bermain di fikiran sy ketika ini... cabaran kewangan yg semakin hari semakin bertambah.. dan bagaimana kita hendak atasi masalah ini? terlintas sejenak sy terfikir tentang pelaburan.. namun apa itu "PELABURAN"??

~~~~
Apa maksud 'pelaburan'?
Apa yg kita faham ttg 'pelaburan'?... Disini sy terangkan pelaburan dari apa yg saya fahami...hehe... Rasanya... lebih ramai yg arif ttg pelaburan ni berbanding sy :)

~~~~~PELABURAN...adalah suatu komitmen atau kewangan dan modal yang anda letakkan kepada sesuatu medium perantaraan seperti "unit amanah, pakej ekonomi, modal, share partner, komoditi dan sebagainya" dalam tempoh masa tertentu bersertakan syarat2 yg ditetapkan. Keuntungan sesuatu pelaburan bukan sahaja melibatkan keuntungan kewangan semata-mata, tetapi ada juga keuntungan yang diperolehi dengan penambahan unit saham mahupun penambahan nilai asset...

~~~~~~Namun pelaburan adalah komitmen yang melibatkan suatu tempoh jangka masa dan sesetengah pelaburan juga melibatkan RISIKO PELABURAN. Ringkasnya, ada pelaburan yang akan mendatangkan pulangan yang lumayan tetapi pelabur akan berdepan dengan risiko yang tggi. Pelaburan yang berisiko rendah, kebiasaanya akan memberikan pulangan keuntungan yang rendah berbandah HIGH RISK INVESTMENT.


~~~~~~~Sampai disini sahaja entri sy utk kali ini... :) "KEPUTUSAN DITANGAN ANDA, PILIHLAH PELABURAN YANG BIJAK".

''saya menyesal sebab mula melabur pada usia 11 tahun,saya sepatutnya bermula dengan lebih awal- warren Buffett''


Tuesday, November 2, 2010

Its TIME to AttACK!!!!!!!!!!!!!!!

~31/10/2010... berlansung satu event dibawah anjuran zerotohundred and sic... iaitu time to attack... A lot of category car in different category like TIME to attack machine, supercars, FF-na, FR-na dan bnyk lagi berentap untuk membuat catatan masa terpantas dalam menawan litar sepang...



~~After finished, its time to my car for an action @SIC... hahaha ~aksi bergambar ajer la... :)


~MALAYSIA dihatiku~
~journey to SIC