Thursday, November 11, 2010
~PELABURAN!!!!!!
~Salam and Selamat malam semua... Apa khabar anda semua hari ini... harap semua sihat2 sejahtera...
~~Dunia era baru yang penuh dengan globalisasinya...bermacam-macam rintangan, cabaran dan halangan dalam hidup kita yang harus kita hadapi.... Cabaran yang mendatang, semakin hari dirasakan semakin membebani kehidupan seharian kita...
~~~Apa yg bermain di fikiran sy ketika ini... cabaran kewangan yg semakin hari semakin bertambah.. dan bagaimana kita hendak atasi masalah ini? terlintas sejenak sy terfikir tentang pelaburan.. namun apa itu "PELABURAN"??
~~~~Apa maksud 'pelaburan'? Apa yg kita faham ttg 'pelaburan'?... Disini sy terangkan pelaburan dari apa yg saya fahami...hehe... Rasanya... lebih ramai yg arif ttg pelaburan ni berbanding sy :)
~~~~~PELABURAN...adalah suatu komitmen atau kewangan dan modal yang anda letakkan kepada sesuatu medium perantaraan seperti "unit amanah, pakej ekonomi, modal, share partner, komoditi dan sebagainya" dalam tempoh masa tertentu bersertakan syarat2 yg ditetapkan. Keuntungan sesuatu pelaburan bukan sahaja melibatkan keuntungan kewangan semata-mata, tetapi ada juga keuntungan yang diperolehi dengan penambahan unit saham mahupun penambahan nilai asset...
~~~~~~Namun pelaburan adalah komitmen yang melibatkan suatu tempoh jangka masa dan sesetengah pelaburan juga melibatkan RISIKO PELABURAN. Ringkasnya, ada pelaburan yang akan mendatangkan pulangan yang lumayan tetapi pelabur akan berdepan dengan risiko yang tggi. Pelaburan yang berisiko rendah, kebiasaanya akan memberikan pulangan keuntungan yang rendah berbandah HIGH RISK INVESTMENT.
~~~~~~~Sampai disini sahaja entri sy utk kali ini... :) "KEPUTUSAN DITANGAN ANDA, PILIHLAH PELABURAN YANG BIJAK".
''saya menyesal sebab mula melabur pada usia 11 tahun,saya sepatutnya bermula dengan lebih awal- warren Buffett''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah
ReplyDelete