Sunday, November 4, 2012

YaAllah... Adakah dia yang bakal menjadi makmumku?

~Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku ini... Aku buntu dan hilang arah... Soalan yang sama terus berulang2 di fikiran ku.... Adakah sebenar-benarnya dia milik ku? Kenapakah tiba2 hatinya berubah tanpa tanda-tanda? Dan kenapakah ia berubah?

~~Bermulanya tanggal 17/1/2011, Tidak pernah sekalipon ku lupa mendoakan agar dia menjadi yang sah milikku.. Selepas solatku sentiasa ku berdoakan kepada kedua ibu bapa ku, kepada diriku, kepada dia dan kepada arwah tok aku serta umat islam yang lain. Sehingga ke hari ini, aku masih berdoa dan memberi semangat kepada hatiku... Agar dia terus menjadi milikku YaAllah...Sehingga ke selepas solat Maghrib tadi.. masih Kekal dihatiku, yang aku akan berusaha untuk menjadikan dialah yg akan menemaniku melayari bahtera hidupku..

~~~Namun aku hanya insan biasa yang penuh dengan kesilapan. Andai dia benar2 milikku..kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku... Jika dia bukan tercipta untuk ku YaAllah, kau kuatkanlah semangatku untuk melupakan perasaan ini selama-lamanya. YaAllah ya tuhanku, hanya engkau mengetahui segalanya yang berlaku dalam kehidupan hambamu ini.. Ku harapkan jalan yang terbaik untuk ku YaAllah...

~~~~Jauh disudut hatiku, Aku masih inginkan dia menjadi MAKMUMKU....~~~~


 

Monday, October 29, 2012

DOA DIBERIKAN JODOH

Bismillahirrohmannirrohim…..

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..


Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah…Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..


Ya Rabb…Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..


Rabb….
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb…


( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya…mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua…..Aamiin )

**credit: blog informasi.my 


 

Tuesday, July 24, 2012

Muhasabah Diri....(Apa pendapat anda?)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih bernafas dan merasai nikmat dunia yang sementara ini. Sudah 4-hari kita berpuasa dan sudah 5malam kita bermunajat kepada yang Esa sebagai hamba Allah yang hina lagi kerdil dengan menunaikan solat sunat terawikh.

 Alangkah gembiranya melihat rumah-rumah Allah yang dipenuhi ramai muslimin dan muslimat dalam mengimarahkan rumah-rumah Allah dengan bersolat terawikh. Alhamdulillah... Hebat! Memang Hebat!... mari kita teruskan kehebatan kita ini untuk merebut bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan Siksaan kubur. InsyaAllah..


Disini saya sekadar ingin berkongsi pendapat sesama kita. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan ianya tak salah. Hanya selepas perjalanan pulang dari surau sebentar tadi, terdetik beberapa persoalan di minda saya. Dan posting ini bukanlah menegur atau mengata atau sebagainya.Ia hanyalah nukilan dan tulisan isi hati saya dikala ini. Maaf jikalau ada yang terguris.


Berlegar di ingatan saya sebentar tadi adalah "pakaian yang dikenakan untuk pergi beribadah kepada Allah". Tak salah apa jenis pakaian pon yang dipakai asalkan bersih dan menutup aurat. Hari ini hari kedua saya ke surau dengan mengenakan t-shirt(selalunya berbaju melayu..hantar dobi xamik2 lagi). Terdetik dihati saya lebih cantik dan menarik jika hendak pergi jumpa yang Esa jika kita berpakai kemas dan cantik.

Bukan apa, jika difikarkan kembali. Jika kita nak pergi jumpa BF or GF, fuhhhhh... bukan main smart lagi kan. Bajunya dan seluarnya mmg bergaya. Tampan dan cantik. Tapi bila nk berjumpa pencipta? hanya mengenakan t-shirt dan kain pelikat. hehe come-on bro.. tak tampan la kan..ekeke jom kita pakat2 pakai pakaian kemas. Berbaju melayu ke berjubah ke? wahh... tampan habis.. ala2 pendekar melayu gitu.. :)

Bila ada jer appointment nk dating ngan BF la GF la bagai... bersiap bukan main lagi kan. Kadang2 siap kita pakai eksesori(nak eja omputih xreti..ekeke) mcm2. *Uish...kena la bergaya bro.. jumpa kekasih hati tu bro.* hehe.. bagus.. Imej dan personaliti mmg harus dijaga dan xsalah. Cuba kita try applikasi benda yang sama ketika nk beribadah kan... hehehe  Kita kasi tmbh eksesori bagi kasi nk cantik dan tampan.. Serban ke Kopiah ke Songkok ke.. perhhhh.... Lelaki melayu terakhir... kan Cantikkan... ;)

Nak pergi dating ni, dia punya perfume.. fuhhhh... keluar jer pintu terus harum semerbak. hehe Tak menjadi masalah, mmg wangi itu perlu baru kena dengan gayanya. Dikala nk beribadah, jom kita cari minyak altar.. hehe xmahal pon kan(saya pon xde lagi..nk kena cari gak ni)... Handphone blackberry la android la smartphone la.. riban2 tu... murah ajer kan...kannnnn...boleh beli..ekekeke :p 


Hehehe... apa-apa pun nukilan diatas hanyalah selingan atau nukilan saja-saja dari saya. Mohon maaf jika nukilan ini menguris hati yang membaca.Sesungguhnya, saya tak ada niat utk mengata2 or apa2 aja..sekadar tulisan seronok2 mengupdate blog dan apa yang terlintas di minda saya sebentar tadi. Tak salah untuk pakai apa pon asalkan bersih dan menutup aurat dan beribadahlah dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah.


MOHON MAAF SEKALI LAGI DAN SELAMAT BERPUASA :)


ps: Takkan spend duit untuk cantik didepan awek jer bro... hehehe

Takkan time kahwin ajer nk pakai baju melayu kan bro kan.. hahahah :) 


 

Sunday, June 10, 2012

Sharky to turn nemo???

Sekian lama jiwa muda remaja yang bergelora memberontak dijalanraya dengan SETUP perang!!!!  sekarang kembali ke suasana tenang.

Dahulunya gagah bagai hang tuah membelah halilintar dek gempita laungan nya, skrg menjadi hang jebat yang tenang tetapi pantang dicabar.

Dahulu datangnya bagaikan dipalu dari jauh dek lantaran garangnya bunyi ngauman, sekarang menjadi penyelinap yg menyelinap dengan bunyi yang menenangkan....   


APAKAH SHARKY MENJADI NEMO??? ekekeke....



Old setup..... Prang.... can identified dari tingkat19... boleh didengari dari jauh... dan bagaikan motobot yg ingin berlabuh...







*Proses menanggalkan ekzos lama...



Dan.. new setup.... Silent but killing.. ekekeke *perasan je lebey*








S-fLOW inStaLleD..... 


SUper SenyaP and TenaNg....:)





Thursday, May 10, 2012

DOA Untuk Memagari Dari Gangguan Syaitan

DOA Untuk Memagari
Dari Gangguan Syaitan

Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-sunnah:

1. Membaca surah Al-baqarah di dalam rumah

Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah

3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur

{ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }


4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :

اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره

Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”

5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu tiga kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير


akan dapat menghindari/benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.

Wednesday, March 21, 2012

Luahan Hati: Cinta Dan Sayang

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati



~Sejenak melayan laungan lagu nyanyian penghibur legenda tanahair iaitu Sudirman bertajuk "nilai cintamu" tiba2 mood berjiwang lak tiba..ekekeke Dah lama xmengupdate Blog.. dah berhabuk dahhhh... fuhhh


~~Cinta Dan Sayang adalah suatu fitrah dalam setiap manusia. Setiap manusia mempunyai sifat penyayang dan ingin disayangi serta mencinta dan dicintai. Manusia yang waras dan normal akan mempunyai sifat ini. Ia adalah suatu anugerah yang wujud dihati setiap manusia.

~~~Cinta Dan Sayang wujud dalam banyak bentuk. Cinta kepada yang Esa, Cinta kepada junjungan mulia Rasullah S.A.W, Cinta kepada ibu bapa dan cinta insan kepada insan yang lain.

~~~~Post kali ini, more to cinta insan. Cinta dan Sayang adalah suatu fenomena yang sukar diramalkan. Ia datang tanpa diundang dan pergi tanpa diduga. Oleh itu, jagalah ia sebaiknya. Namun cinta insan haruslah dibatasi dengan syariat dan dikawal agar tidak dipengaruhi syaitan si penggoda.


~~~~~Cinta Dan Sayang bukanlah suatu perancangan. Sebagai manusia biasa, pasti akan wujud perasaan ini. Seorang lelaki memerlukan seorang wanita untuk menemani dirinya menempuhi ranjau kehidupan. Begitu juga seorang wanita memerlukan seorang lelaki untuk memacu bahtera perjalanan titian yg penuh likuan.


~~~~~~Ramai mencari cinta hanya pada zahir semata2. Namun cinta sebegitu akan musnah apabila kecantikan itu hilang. Carilah cinta atas dasar hati, naluri dan agama. Cintailah seorang wanita kerana agamanya, keturunannya dan kecantikanya serta kesopanannya.


~~~~~~~Naluriku telah bertaut kepada seorang gadis. Bagiku, kecantikan dirinya bukan hanya sekadar luaran. Caranya dan kelakuannya membuatku gembira bersamanya. Setiap detik bersama sentiasa menjadi kenangan.. :)


Dialah cintaku dan dialah Siti Aisyah Isa... Semoga perhubungan ini direstui hingga ke akhir hayat.. Insyaallah...



ps: She is My Love... ;)

Sunday, February 19, 2012

~SELAMAT TINGGAL DESAMINIUM RIMBA~


~Assalamualaikum... salam sejahtera... Fuhh... bermula esok akan ku tinggalkan apartment Desaminium Rimba sehingga bulan6...

~~Peninggalan ku ini hanyalah sementara kerana ku akan pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan tuntutan pihak university iaitu internship program atau praktikal....

~~~Kepada housemate2, jagalah rumah kita elok2 ya... nanti aku balik kita karok lagi yer... pisss yowww!!!!!... hahahaha

Sunday, January 8, 2012

Anak2... Adakah kita ASSET KE SYURGA IBU_BAPA KITA?




Hayatilah dan lihatlah diri kita.. adakah kita benar2 anak yang akan membawa kedua ibu bapa kita ke syurga?