Sunday, November 4, 2012

YaAllah... Adakah dia yang bakal menjadi makmumku?

~Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku ini... Aku buntu dan hilang arah... Soalan yang sama terus berulang2 di fikiran ku.... Adakah sebenar-benarnya dia milik ku? Kenapakah tiba2 hatinya berubah tanpa tanda-tanda? Dan kenapakah ia berubah?

~~Bermulanya tanggal 17/1/2011, Tidak pernah sekalipon ku lupa mendoakan agar dia menjadi yang sah milikku.. Selepas solatku sentiasa ku berdoakan kepada kedua ibu bapa ku, kepada diriku, kepada dia dan kepada arwah tok aku serta umat islam yang lain. Sehingga ke hari ini, aku masih berdoa dan memberi semangat kepada hatiku... Agar dia terus menjadi milikku YaAllah...Sehingga ke selepas solat Maghrib tadi.. masih Kekal dihatiku, yang aku akan berusaha untuk menjadikan dialah yg akan menemaniku melayari bahtera hidupku..

~~~Namun aku hanya insan biasa yang penuh dengan kesilapan. Andai dia benar2 milikku..kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku... Jika dia bukan tercipta untuk ku YaAllah, kau kuatkanlah semangatku untuk melupakan perasaan ini selama-lamanya. YaAllah ya tuhanku, hanya engkau mengetahui segalanya yang berlaku dalam kehidupan hambamu ini.. Ku harapkan jalan yang terbaik untuk ku YaAllah...

~~~~Jauh disudut hatiku, Aku masih inginkan dia menjadi MAKMUMKU....~~~~


 

No comments:

Post a Comment