Monday, December 13, 2010

~Jalan-jalan pelaburan(PELABURAN-3)

~Apabila disebut PELABURAN!!! rata-rata daripada kita memikirkan kekayaan dan keuntungan. Yelah kan.. siapa tanak untung and kaya.. tipulah kalu sy kata sy tak berfikir seperti itu...

~~Sekali lagi sy tegaskan... pelaburan adalah pendapatan atau pulangan berasaskan kewangan, penambahan asset, penambahan saham dan sebagainya dalam sesuatu tempoh dan syarat yang ditetapkan. Namun kebiasaan bagi diri kita, kita sentiasa inginkan pulangan yang cepat,pantas,singkat tanpa usaha yang berterusan dan RAJIN!!.. yerp.. untuk KAYA mesti BIJAK! dan RAJIN!...

~~~Tidak dinafikan, semakin hari.. semakin keterbukaan minda kita dalam mengejar harta dan kekayaan semakin meningkat... walhal tersebut dapat dilihat.. apabila semakin ramai sudah sedar kepentingan "INVESTMENT"(omputih pulak..hehe)..

NAMUN AWAS!!!! jangan terjerat dalam skim-skim cepat kaya yang mampu menjeratkan kita dengan meletakkan sasaran pulangan yang tggi...

~~~~Orang kata.. nk pncg ikan best2!! kena guna umpan baguih2 punya(org kata la..ehehe) YERP..teknik yg sama juga digunakan... UMPAN wang ringgit, Harta BEndA dan Kemewahan sering dijadikan cagaran atau batu loncatan sesebuah skim.. Fuhhh...sy pon tertarik bila nmpk semua ini.. hehe

PS: Banyak org bergmbr ngan kereta MEWAH!! tanda berjaya.. PERLUKAH? hehe beli cash ke still buat loan tue.. jgn marah (:-))


*Rajinkanlah DIRI untuk memajukan DIRI*


Tuesday, December 7, 2010

~BERCUTI

~Fuh.. dapat bercuti sekali-sekali.. memang menyeronokkan... tapi... kerja dan assignment yang ditugaskan sedikit sebanyak mengurangkan keseronokkan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki beberapa hari jer lagi..

~~REHATKAN MINDA, LAPANGKAN DADA, TENANGKAN JIWA~~

Wednesday, November 24, 2010

~Salam santai


~Fuhh.. post kali nak santai sket.. maklumla baru lepas habis exam.. letih otak.... so kena relax2..

Berbalik kepada post yang lalu.. adakah anda sudah berfikir untuk "Mula membuat pelaburan"?

~~Jika belum marilah kita mula melabur. Xkira dimana dan apa medium yang
anda inginkan dan anda perolehi. Mari kita mulakan amalan ini sebagai suatu faktor dalam mengubahkan kehidupan kita ke arah lebih baik :).

Namun, bijaklah dalam melabur ya semua... Ada yang untung- Ada yang rugi..

SEkian saja utk kali ni... nanti kita sembang2 lagi la yer..

Friday, November 12, 2010

~Hidup Dengan tenang...(PELABURAN - 2)



~Post yang lalu, sy ada terangkan perihal pelaburan... PELABURAN bagi sy adalah suatu "kemestian dan tanggungjawab" untuk kita... Renungkan kemana hala tuju kewangan kita tanpa pelaburan??? Pernah terfikir Asset yang kita miliki 20 thn akan datang? Definisi sesuatu pelaburan juga bole di sama ertikan dengan SIMPANAN. Namun ada pelaburan yang bersifat simpanan tetap dan tidak boleh dimanipulasikan dalam sesuatu tempoh masa yang telah dipersetujui.

~~Tadi sy terfikir sejenak.. bagaimana hendak hidup dengan tenang bila sudah bekerja nanti? Terlintas di minda... Hutang PTPTPN, Pinjaman Perumah, Pinjaman kenderaan dan living cost. Sedarkah kita, semakin hari semakin tinggi kos sara diri..

~~~Oleh yang demikian, sy ada terfikir beberapa langkah yang patut kita semua ambil. Antaranya, Tekad untuk bebas daripada pinjaman dan hutang. Kita perlu memikir menjangkaui batasan pemikiran ttg bagaimana kita boleh menjana pendapatan tambahan dalam usaha mengurangkan jumlah hutanG.

~~~~Bila sudah mempunyai tekad, kita harus bijak menguruskan kewangan bukan "bijak membelanjakan wang". Kita harus mendidik diri kita dengan displin yang ketat dalam merealisasikan tekad kita.

~~~~~Bila kita sudah mampu displin kan kewangan kita, "TETAPkan simpanan kewangan". Cukup sekadar hanya jumlah kecil wang kumpulan setiap bulan tapi yang penting persistent. Sehari rm1 x 30 hari = rm30 x 12 = rm360 setahun :)


"Saya juga tertanya adakah saya mampu mengubahnya dan mengikuti apa yang terlintas di minda sy ini?" -azam-

Thursday, November 11, 2010

~PELABURAN!!!!!!



~Salam and Selamat malam semua... Apa khabar anda semua hari ini... harap semua sihat2 sejahtera...

~~Dunia era baru yang penuh dengan globalisasinya...bermacam-macam rintangan, cabaran dan halangan dalam hidup kita yang harus kita hadapi.... Cabaran yang mendatang, semakin hari dirasakan semakin membebani kehidupan seharian kita...

~~~Apa yg bermain di fikiran sy ketika ini... cabaran kewangan yg semakin hari semakin bertambah.. dan bagaimana kita hendak atasi masalah ini? terlintas sejenak sy terfikir tentang pelaburan.. namun apa itu "PELABURAN"??

~~~~
Apa maksud 'pelaburan'?
Apa yg kita faham ttg 'pelaburan'?... Disini sy terangkan pelaburan dari apa yg saya fahami...hehe... Rasanya... lebih ramai yg arif ttg pelaburan ni berbanding sy :)

~~~~~PELABURAN...adalah suatu komitmen atau kewangan dan modal yang anda letakkan kepada sesuatu medium perantaraan seperti "unit amanah, pakej ekonomi, modal, share partner, komoditi dan sebagainya" dalam tempoh masa tertentu bersertakan syarat2 yg ditetapkan. Keuntungan sesuatu pelaburan bukan sahaja melibatkan keuntungan kewangan semata-mata, tetapi ada juga keuntungan yang diperolehi dengan penambahan unit saham mahupun penambahan nilai asset...

~~~~~~Namun pelaburan adalah komitmen yang melibatkan suatu tempoh jangka masa dan sesetengah pelaburan juga melibatkan RISIKO PELABURAN. Ringkasnya, ada pelaburan yang akan mendatangkan pulangan yang lumayan tetapi pelabur akan berdepan dengan risiko yang tggi. Pelaburan yang berisiko rendah, kebiasaanya akan memberikan pulangan keuntungan yang rendah berbandah HIGH RISK INVESTMENT.


~~~~~~~Sampai disini sahaja entri sy utk kali ini... :) "KEPUTUSAN DITANGAN ANDA, PILIHLAH PELABURAN YANG BIJAK".

''saya menyesal sebab mula melabur pada usia 11 tahun,saya sepatutnya bermula dengan lebih awal- warren Buffett''


Tuesday, November 2, 2010

Its TIME to AttACK!!!!!!!!!!!!!!!

~31/10/2010... berlansung satu event dibawah anjuran zerotohundred and sic... iaitu time to attack... A lot of category car in different category like TIME to attack machine, supercars, FF-na, FR-na dan bnyk lagi berentap untuk membuat catatan masa terpantas dalam menawan litar sepang...



~~After finished, its time to my car for an action @SIC... hahaha ~aksi bergambar ajer la... :)


~MALAYSIA dihatiku~
~journey to SIC

Tuesday, October 5, 2010

SHIatsu massage...





Posting kali ini berkaitan dengan kesihatan diri kita.. Disini sy huraikan sedikit tentang SHIatsu massage.. salah satu massage yang diamalkan oleh masyarakat jepun..

SHIATSU MASSAGE:

Dari bahasa Jepun, SHI bermaksud jari manakala atsu bermaksud tekanan. Shiatsu adalah salah satu terapi urutan yang berasal dari Jepun. Ia adalah teknik yang menggunakan jari dan tapak tangan dengan mengenakan tekanan terhadap bahagian-bahagian tertentu. Setiap bahagian mempunyai perkaitan tersendiri dengan organ-organ lain didalam tubuh badan kita. Dengan melakukan Shiatsu Massage, ia bole mengekalkan keseimbangan di dalam tubuh badan disamping menyegarkan badan dan menyihatkan tubuh badan. Ada pendapat mengatakan, dengan Shiatsu sesetengah penyakit dapat dirawati.






Saturday, September 25, 2010

~REnung-renungkan 1


Keajaiban Air Mata.... Setiap organ, anggota dan pernafasan serta sistem perkumuhan... semuanya mempunyai saling kait dan kelebihan tersendiri :)... kali ini kita akan melihat keajaiban dan kelebihan air mata... bukan hanya sekadar menunjukkan emosi..tanpa kita tahu... rahsia disebalik "AIR MATA"....

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Lama kelamaan menangis memang boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah anggap kerana menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja? Ini dia 7 keajaiban yang bisa Anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandung 24 percent protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.

5. Mengurangi stres
Bagaimana menangis bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komunikasi
Selain baik untuk kesehatan fisik, menangis juga bisa membantu seseorang membangun sebuah komunikasi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu setelah menangis, jangan dipendam karena Anda biasa menangis meledak-ledak.

Friday, September 24, 2010

Berita Kepada KAwan~

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Thursday, September 23, 2010

layan.... rindu bayangan-carefree

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

( korus )
Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

Thursday, September 16, 2010

~Alhamdulillah... Selesai....


~Walaupun Post kali ini agak lambat... tetapi post kali ni... untuk mengenangkan kembali... detik-detik bulan Ramadhan... bulan yang penuh keberkatan.. dan keampunan...dan juga hari kita meraikan kemenangan setelah berjaya dalam mengawal hawa nafsu... sepanjang hari selama sebulan.. :)

~~Ramadhan telah meninggalkan kita... Adakah kita berjaya mengaut keuntungan daripada bulan itu? Adakah kita berjaya dalam memuliakan dan mengimarahkan keberkatan bulan tersebut dengan amalan2 sunat? Dapatkah kita mengecapi satu malam yg penuh rahmat dan limpahan kasih sayang Allah kepada kita?... Ramadhan yang sudah berlalu tidak akan kembali... marilah kita berdoa agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan seterusnya.. Insyaallah.. :) tanamkan azam.. agar Ramadhan seterusnya kita akan bersungguh-sungguh dalam mengejar nikmat, keberkatan dan rahmat yg diberikan kepada kita :).. Insyaallah...

~~~Masih dalam suasana Hari raya... dendangan lagu raya masih ada dicorong2 radio mahupun dikaca TV rumah2... Syawal sudah menjelma.... masih tidak terlambat kiranya untuk lontaran ucapan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN" dari saya.. andai ada tersilap kata terkasar bahasa.... :)

Monday, August 30, 2010

~MERDEKA- ke 53... SALAM KEMERDEKAAN...


Alhamdulillah.... berkat doa dan toleransi sesama rakyat Malaysia... kita masih mampu mengecapi kebahagiaan dan kemakmuran.. hasil perjuangan moyang2 kita terdahulu..

~~Namun disebalik ketenangan dan keselesaan ini, janganlah kita alpa dek kesenangan yang dikecapi hingga lupa bahawa anasir-anasir luar... masih berusaha untuk mendapatkan hak kita kembali...

~~~Percayalah... bahawa... barat sentiasa cuba untuk menjajah kita secara halusi... jajahan minda.. propaganda2 mereka semakin menusuk dalam jiwa anak-anak muda kita sekarang..

~~~~Semakin ramai orang sudah tidak merasakan kehangatan dan semangat patriotism dalam diri mereka. Dimana silapkah hingga mereka berasa terlalu bebas? Cuba kita berimaginasi sejenak... berada ditempat pahlawan-pahlawan dan kesastria dahulu.. tatkala bertarung dan mengadaikan nyawa demi anak cucu tercinta mendapat kemerdekaan...

~~~~~Nyawa dan wang ringgit yang telah mereka korbankan, adakalapun antara mereka yang tidak sempat merasa akan perjuangan mereka dan telah gugur tetapi adakah kita benar-benar menghayati dan mengagumi mereka?

~~~~~~Ayuhlah rakan2 ku sekalian... buka la hati... terimalah merdeka.... sambutlah merdeka... laungkanlah merdeka... pertahankanlah merdeka....dan doakanlah merdeka.... INSYAALLAH...


~~MARILAH KITA KIBARKAN JALUR GEMILANG TANDA PENGHARGAAN KITA KEPADA MALAYSIA~~

Sunday, August 22, 2010

Friday, August 20, 2010

My 4G92p


~This is new picha of my engine bay... ehehe ...xsempat nak basuh... my little 4g92p

Friday, August 6, 2010

Fotograf - Luka Seribu Rindu

Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran

Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan

Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku

Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta suci nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

Tuesday, August 3, 2010

Fuhhhh...tembak tanah... berdengung



~new muffler setup...



previous using SPARCO racing ~~ ader rasa power xmo kuar.. tersedak2..
now J`s ~~ bunyi agak berdengung sedikit tp power delivered mmg best :)

Saturday, July 10, 2010

~FORMAT...FORMAT...FORMAT!!!!!!!!!


~Today something going wrong wif my laptop... hurm.. sooooooo lag.. so we decide to reformat it..tapi problem xdapat di selesaikan gak... so aku ambil keputusan untuk terus reformat lagi.. grrrrrrrrrrrrr


~2x
~3x
~4x

still xdapat selesaikan masalah agi... masalah yang timbul adalah masalah mencari driver yang bersesuaian..hurm... akhirnya keputusan dibuat untuk downgrade

DARI:


KE:


------------------------PROBLEM SETTLE-----------------------------

Friday, July 9, 2010

~WORLD CUP ditangan sotong!!!!

~Ahahaha... bunyi nya seperti suatu jenaka... tapi inilah kebetulan yang berlaku apabila seekor sotong dari sebuah cafe dikatakan mampu meramal kejuaraan bagi sesuatu perlawanan bola sepak.. tapi yang anehnya.. sehingga kini.. kesemua perlawanan yang diramalkan telah menepati sasaran dan 100% tepat.. huh.. suatu kebetulan?? anda sendiri yang tentukan... :)

PS: Tapi sebagai umat islam, kita tidak harus percaya akan benda2 kurafat seperti ini. Mungkinkah ini semua suatu kebetulan ataupun wujud anasir yang ingin menyesatkan manusia... ehehe Keputusan terletak ditangan anda.. :)


~HEhe aper pendapat anda? eheheh....

Tuesday, June 29, 2010

BADMINTON

Sejak kebelakangan ini, aku dan kawan-kawan aku antaranya Qaliff,Uzair,peruz mula aktif dalam permainan badminton ini. Selain bole menghilangkan kebosanan, ia juga membantu kita menjadi lebih cergas. Aktiviti berbadminton ini adalah salah satu aktiviti yang bagus samada untuk kecerdasan minda kita mahupun kesihatan tubuh badan kita...

Sedikit bingkisan berkaitan badminton:
~BADMINTON adalah satu sukan yang dimainkan samada secara perseorangan atau beregu berentap antara satu sama lain. Pada acara-acara utama, kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti lelaki perseorangan, wanita perseorangan, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Permainan ini memerlukan reket, bulu tangkis, net dan gelanggang badminton itu sendiri. Permainan ini bertujuan setiap pihak mengumpul mata melalui jatuhan bulu tangkis kedalam gelanggang lawan didalam garisan yang dibenarkan. Pemain perlu memukul bulu tangkis melepasi net yang disediakan. Dalam permainan ini terdapat beberapa peraturan permainan yang harus diikuti oleh setiap pemain.


~~Sejarah terukir bahawa BADMINTON bermula pada pertengahan kurun ke-18 dan dicipta oleh tentera British. Pada mulanya, badmintan adalah satu dari permainan tradisi masyarakat inggeris yang mana disebut “battledore and shuttlecock”. Hasil rujukan saya di internet menemukan pada suatu masa ia juga digelar sebagai poona. Permulaan badminton terhasil apabila tentera2 bersara membawa permainan ini pulang ke England dan terus bermain secara serius dan terhasil la peraturan-peraturan tambahan yang memangkin sejarah dunia badminton ini.

Setakat ini dahulu bingkisan dari saya, insyaallah saya akan terus membicarakan peraturan2 dan kaedah2 serta trik2 dalam permainan ini..

Wednesday, May 19, 2010

~dan bila cinta............

MENYESAL....

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

Thursday, April 29, 2010

AdaMaya.....

Semenjak kau hadir
dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu
hatiku
Tanpa sedar hingga ku
izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan
bahagia
Hingga aku terasa indah
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat
bersama kamu

Kau yang bernama cinta cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan
bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Sunday, March 14, 2010

Bahrain Grand Prix result

Bahrain Grand Prix result
Pos No Driver Team Laps Time Grid Pts
1 8 Fernando Alonso Ferrari 49 Winner 3 25
2 7 Felipe Massa Ferrari 49 +16.0 secs 2 18
3 2 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 49 +23.1 secs 4 15
4 5 Sebastian Vettel RBR-Renault 49 +38.7 secs 1 12
5 4 Nico Rosberg Mercedes Benz GP Ltd 49 +40.2 secs 5 10
6 3 Michael Schumacher Mercedes Benz GP Ltd 49 +44.1 secs 7 8
7 1 Jenson Button McLaren-Mercedes 49 +45.2 secs 8 6
8 6 Mark Webber RBR-Renault 49 +46.3 secs 6 4
9 15 Vitantonio Liuzzi Force India-Mercedes 49 +53.0 secs 12 2
10 9 Rubens Barrichello Williams-Cosworth 49 +62.4 secs 11 1
11 11 Robert Kubica Renault 49 +69.0 secs 9
12 14 Adrian Sutil Force India-Mercedes 49 +82.9 secs 10
13 17 Jaime Alguersuari STR-Ferrari 49 +92.6 secs 18
14 10 Nico Hulkenberg Williams-Cosworth 48 +1 Lap 13
15 19 Heikki Kovalainen Lotus-Cosworth 47 +2 Laps 21
16 16 Sebastien Buemi STR-Ferrari 46 +3 Laps 15
17 18 Jarno Trulli Lotus-Cosworth 46 +3 Laps 20
Ret 22 Pedro de la Rosa BMW Sauber-Ferrari 28 +21 Laps 14
Ret 21 Bruno Senna HRT-Cosworth 17 +32 Laps 23
Ret 24 Timo Glock Virgin-Cosworth 16 +33 Laps 19
Ret 12 Vitaly Petrov Renault 13 +36 Laps 17
Ret 23 Kamui Kobayashi BMW Sauber-Ferrari 11 +38 Laps 16
Ret 25 Lucas di Grassi Virgin-Cosworth 2 +47 Laps 22
Ret 20 Karun Chandhok HRT-Cosworth 1 +48 Laps 24

Sunday, February 28, 2010

Madah puisi hatiku by Azam(amz)

SEMANGAT

~dikala malam mendatangkan kita,
~angin lembut membayukan jendela,
~langit terang gemerlapan dilimpahi cahaya,
~awan mendung bagaikan melindungkan cakerawala malam nun jauh dimata,
~aku masih disini, kelu lidah, mati akal, tunduk sayu,
~aku bagaikan kapal tanpa kapten, hanyut diambung badai perwira ditengah lautan biru,
~badai sentiasa menghempas tapi tujuan masih tiada kelihatan,
~aku bagaikan rebah dalam penantian... kelam dalam kesabaran... lemah dalam perlaksanaan...

~~DIMAnakah kau wahai SEMangaTku... aku perlukanmu... bantulah aku... berikanlah aku tenaga semula....

~semangat yang hilang

~Kemanakah semangat yang dahulunya membara dalam diriku ini??? Dimana??? Kemanakah menghilang??? Apakah penghalang yang sentiasa menghalang diriku ini??? Apa salah diriku??? Bagaimanakah hendak ku cari kembali satu semangat yang suatu masa berdiri gagah dalam diriku ini??? tp skrg tetap ku cari.. namun tidak ku temui... Andainya dapat kutemui semula semangat ini, aku kembali ku nakhoda kan semula agar hidupku kembali terletak diatas landasan yang benar...

~~PERJALANAN YANG SURaM, aKan TetAP ku rempuhi.....

Friday, February 19, 2010

JOurney OF 4G92p

~the journey will start tonite...

Monday, January 25, 2010

~try berjiwang... ahaks... :(

~~Bukan hanya kepentingan malahan keegoan telah aku korbankan..Berlimpahan kasih sayang aku curahkan buat mu sorang..tp semua itu tidak memadai buatmu.. Apa yg kau mahu dan impikan... aku berharap dapat ku laksanakan... tp aku tak tahu akan kemahuan mu itu...tp tahulah sayang...aku masih rindu sayang kamu dan cintakan kamu...

Sunday, January 10, 2010

~BerKAmpung DI SeRATas (SeK mEN SaINs Raja Tun Azlan Shah)

~tanggal 8hb, pukul 7 pagi... bergerak ke TAIPING,PERAK dalam menjayakan satu aktiviti anjuran Seketariat Sekolah@MMU PERDANA....

~~Terdapat 3 sekolah yang menjadi sekolah pilihan pada aktiviti "Sekolah@MMU PERDANA TAIPING (8-10hb january 2010)... Antaranya SERATAS,SMK KE & SMK TEKNIK TAIPING.

~~~AKu telah dipilih untuk menjadi fasi di SERATAS.... Seramai lebih kurang 23 org fasi yang mengembelingkan tenaga di SERATAS....

~~~~OBJEKTIF:"pendedahan awal pelajar-pelajar kepada perisian ADOBE PHOTOSHOP"

~~~~~Sisipan aktiviti juga dijalankan spt LDK, PULAU IMPIAN, PoCo-PoCo & twist 'n' roll dance...yehaaaa.....

Apa pun... program kali ni.. mmg best... jom join next time...





Friday, January 1, 2010

~Bermula nya d`Journey 2010

~Kita telah melangkah masuk ke suasana baru...tahun baru...arena baru... 2010 telah menjemput kita.... semoga 2010 merupakan satu permulaan... satu perjalanan... satu persinggahan dalam usaha kita mencapai kejayaan, keazaman dan impian yang telah lama kita impikan...


SALAM TAHUN BARU DARI SAYA AMZ@redkyuubi.blogspot.com